SAKIT mata jadinya bila nampak seketul jerawat tiba-tiba tumbuh di wajah lagi-lagi pada hari-hari istimewa yang memerlukan kita berjumpa dengan ramai orang.
Masa itulah, kita duk search kat Google cara hilangkan jerawat cepat dan cuba macam-macam tips.
Buat yang ada duit lebih, bergegas ke kedai cari ubat atau krim untuk hilangkan jerawat.
Kalau boleh, dalam masa satu hari jugak nak jerawat itu hilang! Persoalannya, boleh ke jerawat itu hilang dalam satu hari?
Jawapannya tiada guys!
Menurut Akademik Dermatologi Amerika (AAD), tiada cara menghilangkan jerawat cepat dalam satu hari walaupun menggunakan sebarang ubat atau bahan semulajadi.
Ini kerana bonjolan merah itu memerlukan sekurang-kurangnya 4 minggu untuk hilang secara optimal.
Tetapi tidak dinafikan krim jerawat atau bahan semulajadi boleh meredakan jerawat dengan cepat dan mengurangkan kesan merah yang timbul pada kulit.
Sekiranya sudah hilang, ingat anda masih lagi perlu menjaga bekas jerawat itu kerana ianya boleh tumbuh kembali.
Ini beberapa bahan dan tips yang boleh anda gunakan untuk meredakan jerawat dengan cepat.
1. Ais Batu
Mudah untuk melakukannya, dengan hanya tuam jerawat menggunakan ais batu.
Sensasi yang dingin boleh meredakan benjolan yang merah.
2.Tea Tree oil
Tea Tree oil sangat popular dimasukkan dalam bahan-bahan kecantikan untuk menghilangkan jerawat.
Minyak ini dikatakan mampu membunuh bakteri penyebab jerawat seperti P. acnes dan S.epidermis.
Kalau anda mempunyai kulit sensitif jangan terus dipakai tetapi dicampurkan sedikit dengan air taw.
3. Lidah buaya
Lidah juga merupakan bahan semulajadi yang popular dalam kecantikan wajah. Selain boleh melembabkan wajah, lender lidah buaya juga boleh mengurangkan keradangan jerawat dan melawan bakteria.
4. Ubat gigi
Jangan terkejut, ramai mengakui ubat gigi boleh mengeringkan jerawat mereka!.
Anda hanya perlu oleskan ubat gigi sedikit pada jerawat anda. Harus diingat, tidak menggunakan ubat gigi yang mengandungi kandungan mint/ mentol dan fluoride kerana ianya boleh membuat sesetengah kulit menjadi merah.
5. Putih Telur
Orang dulu-dulu selalu gunakan putih telur buat masker taw.
Masker putih telur ini bukan sahaja boleh meredakan jerawat merah-merah tetapi membuatkan kulit jadi lembut dan nampak cerah.
Itu sahaja perkongsian kami. Ingat nak cantik perlukan kesabaran dan kerajinan taw!