BUAT bakal bergelar ibu, apabila melihat sahaja ‘Double line’ di kit ujian kehamilan atau lebih dikenali sebagai ‘UPT TEST, pasti timbul persoalan, bila nak buat buku pink?
Dan apakah itu buku pink yang diperkatakan ibu-ibu hamil ini?
Buku pink adalah buku yang merekodkan sejarah kehamilan ibu termasuk tarikh temujanji antenatal di Klinik Ibu dan Anak.
Dalam keterujaan mengetahui diri berbadan dua, membuat buku pink adalah tanggungjawab ibu bagi memudahkan doktor melihat rekod kehamilan dan permasalahan sekiranya berlaku ketika proses hendak bersalin.
Buku pink juga ibarat IC buat ibu-ibu hamil dan wajib dibawa kemana-mana sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.
Ini kami kongsikan panduan buku pink menurut perkongsian Kementerian Kesihatan Malaysia.
Buka Buku Pink Sebelum Kandungan 12 Minggu
Buku merah seeloknya dibuat sebelum kandungan memasuki 12 minggu. Jika tidak akan dikira sebagai ‘Late booking’.
Tidak kisah lah anda merancang untuk bersalin di hospital kerajaan atau swasta, anda boleh mendaftar dan menghadiri pemeriksaan berkala di Klinik Ibu dan Anak yang berhampiran.
Dokumen Diperlukan
Semasa kali pertama datang mendaftar buku pink, jururawat akan meminta beberapa dokumen antaranya adalah
- Kad pengenalan (KP)
- Salinan kad pengenalan suami atau sijil nikah (ibu tunggal tidak perlu)
- Bil api atau air terkini untuk mengesahkan alamat rumah anda.
- Surat rujukan daripada doktor atau klinik lain (jika ada).
Kemudian anda akan diberi buku pranatal atau buku pink untuk disi maklumat mengenai diri anda.
Bayaran Pendaftaran
Bagi pesakit baru, pendaftaran adalah percuma buat warganegara namun sekiranya dirujuk pakar kos pendaftaran adalah RM5.
Dinasihatkan, sebelum membuka buku merah, sila lakukan ujian kehamilan sendiri di rumah dahulu dan bawa stick test tersebut sekiranya ditanya sebelum datang ke klinik.
Anda juga boleh melalukan ‘urine test pregnancy (UPT)’ di Klinik Kesihatan Ibu Anak dengan bayaran RM20.
Semasa Pemeriksaan Pertama
- Jururawat akan mengukur tinggi dan berat anda.
- Jururawat akan bertanya soalan mengenai kesihatan anda, sejarah kesihatan keluarga seperti kencing manis atau darah tinggi.
- Anda akan diminta menandatangani borang kebenaran menjalankan ujian darah.
- Tarikh dijangka bersalin (EDD) akan dikira berdasarkan tarikh haid terakhir anda (HARI PERTAMA BULAN TERAKHIR).
- Anda juga perlu menjalani ujian air kencing untuk memeriksa kandungan protein dan gula dalam urine dan anda mungkin diberi suntikan kancing gigi.
- Sebelum pulang, anda akan dibekalkan dengan suplement pranatal seperti vitamin C, vitamin B kompleks, asid folik dan zat besi.
Jangan lambat buat buka pink pula, bising doktor nanti yer!.