SAMA ada baru pertama kali atau sudah berkali-kali mengandung, perkara paling ibu ‘seram’ nak buat mestilah bila jururawat suruh minum air gula. Apatah lagi kalau kena repeat, memang nak elak.
Minum air gula sebenarnya taklah teruk sangat, cuma rasanya yang terlalu manis membuatkan ada sesetengah ibu termuntah-muntah dan sukar untuk minum hingga habis.
Pelakon manis, Ummi Nazeera yang umum tahu dia sedang hamil anak kedua tidak terkecuali disuruh minum air gula. Ummi turut berkongsi detik pengalamannya minum air tersebut di laman Instagram. Memang jelas nampak kepayahan Ummi nak menghabiskan secawan air gula tersebut walaupun pernah mempunyai pengalaman sebelum ini.
“Nampak video sebelum ni happy je kan ? Haaa itu sebelum kena minum air gula . 😂😂 I look soo miserable here…,” tulisnya.
Posting Ummi itu ternyata menarik perhatian peminat-peminat Ummi yang sudah bergelar ibu di mana mereka turut menceritakan pengalaman mereka ketika minum air gula.
Dalam pada itu, suami Umm iaitu Izzar Anwari yang kita tahu merupakan seorang doktor turut berkongsi pengetahuan tentang mengapa wanita hamil perlu minum air gula beserta tips meminumnya sekali di laman Instagramnya.
Kenapa Perlu Minum Air Gula?
Semasa kehamilan, penghasilan hormon yang mengawal paras gula dalam badan (insulin) akan terganggu oleh hormon2 yang dihasilkan oleh uri. Gangguan ni dipanggil rintangan insulin. Bila paras insulin dalam badan berkurangan, paras gula tak boleh dikawal menyebabkan paras gula naik. Inilah yang menyebabkan terjadinya Gestational Diabetes Melitus (GDM).
Sesiapa sahaja boleh dapat GDM ni semasa kehamilan. Faktor yang meningkatkan kemungkinan nak dapat GDM ni termasuklah:
- Sejarah keluarga menghidapi diabetes.
- Wanita berumur lebih 25 tahun.
- Ada GDM pada kehamilan lalu.
- Ada masalah kehamilan lain seperti darah tinggi, polihidramnios, keguguran.
- Pernah lahirkan bayi lebih 4kg berat, lahir mati, atau bayi dilahirkan cacat.
- Ada jangkitan kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan kulat pada kulit
Jadi, ibu2 yang berisiko tinggi ni kena buat ujian saringan air gula (MOGTT) untuk mengesan GDM semasa lawatan pertama doktor, n kalau normal, pada minggu 24-28 kehamilan akan buat ujian ulangan. Untuk ibu yang risiko tak tinggi, korang minum air gula yang sedap tu pada minggu 24-28 je terus.
Alright. Kalau keputusan normal, alhamdulillah. Tetapi, kalau keputusan ada GDM, doktor akan tentukan sama ada hanya perlu kawal diet atau mulakan ubat. Kena rujuk pada doktor masing-masing ya.
Kalau anda didiagnose GDM, ikutlah apa yang doktor suruh buat. Kalau paras gula tak dikawal baik, banyak komplikasi akan berlaku kepada anak dalam kandungan dan juga ibu. Komplikasi2 ini pula boleh mengancam nyawa ibu dan anak.
Biasanya ibu akan pulih dari GDM selepas melahirkan anak. Tapi risiko untuk mendapat GDM pada kehamilan akan datang akan bertambah.
Tips Minum Air Gula Dr. Izzar
Jadi, kalau Doktor minta minum air gula yang enak tu, minumlah dengan hati yang tenang. Di Klinik Kesihatan air gula dia plain tiada perisa selalunya. Di swasta, ada perisa. Tapi ikut orang, ada yang suka tak perisa macam wife saya.
Tips untuk minum air gula masa hamil yang orang selalu cakap ialah minum dengan air suam dan minum sekali harung sambil tahan nafas. Kalau muntah lepas tu, kena start balik dari mula. Senang je kan. Saya pun boleh buat. Tapi tula, saya tak mengandung.
Jadi ibu-ibu yang sedang hamil sekarang dah tahu sebab-sebab kenapa bila hamil kena minum air gula dan tips cara nak minum air gula. Semoga perkongsian Dr. Izzar ini dapat memudahkan proses minum air gula anda!
Kredit: IG Izzar