TEKA-teki tarikh pembukaan sekolah akhirnya terjawab hari ini apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat satu sidang media sebentar tadi.
Menurut Menteri Kanannya, Datuk Dr Radzi Jidin, sekolah akan dibuka bermula 1 Mac depan bagi sekolah rendah darjah 1 dan 2. Manakala, darjah 3, 4, 5 dan 6 akan bermula seminggu kemudian.
“Bagi murid-murid lain iaitu darjah 3 hingga 6 akan mula hadir ke sekolah 8 Mac depan,” katanya.
Sementara itu, bagi sekolah menengah, sekolah akan dibuka pada 4 April depan bagi negeri Johor, Kelantan, dan Kedah.
Buat negeri-negeri lain, sekolah menengah bermula 5 April depan.
Tarikh sekolah menangah dibuka lambat sedikit memandangkan memberi laluan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Vakasional Malaysia (SVM) yang dijadual pada tarikh 22 Februari 2021.