TIDAK lama lagi, wanita daripada seluruh pelusuk dunia akan menyambut Hari Wanita Sedunia atau dikenali sebagai International Women’s Day (IWD) 2021 yang mengangkat tema #ChooseToChallenge. Perayaan Hari Wanita Sedunia kebiasaannya menjadi sambutan yang dikelola pelbagai aktivitis kewanitaan dan masyarakat bahkan di peringkat kementerian sekali pun. Melihat kepada laman rasmin IWD, tema pada tahun ini dipilih dengan alasan bahawa wanita dapat memilih untuk melakukan penentangan, menyuarakan bias dan menolak ketidaksetaraan jantina.
Sejarah International Women’s Day
Melalui laman web rasmi IWD, dalam sejarahnya hari wanita ini bermula dari tahun 1900an ketika wujudnya perkembangan industri di dunia barat, ketika itulah terjadinya rusuhan dan perdebatan yang terjadi berkaitan peranan wanita. Adanya penindasan terhadap kaum wanita ketika itu telah menjadikan wanita lebih vokal dalam menyuarakan perubahan.
Kemudian, pada tahun 1908, seramai 15 ribu wanita yang bekerja di New York telah menuntut waktu bekerja yang lebih pendek, gaji yang lebih baik dan hak bersuara. Tahun 1909 sewaktu parti Sosialis Amerika telah mengumumkan perayaan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan yang disambut pada 28 Februari iaitu setiap hari Minggu Terakhir di bulan Februari sehinggalah pada tahun 1913.
Peristiwa bersejarah itu, berlanjutan ke negara-negara lain sehingga bersidangnya Konferensi Buruh Wanita Peringkat Antarabangsa di Copenhagen. Seorang wanita yang bernama Clara Zetkin telah mengusulkan Hari Wanita Sedunia diraikan pada hari yang sama di setiap negara dan temanya setiap tahun adalah mendesak tuntutan para wanita untuk didengari di seluruh dunia.
Hari Wanita Sedunia telah diadakan untuk pertama kalinya secara kebersamaan dengan disertai negara seperti Austria, Denmark, Jerman dan Switzerland pada tanggal 19 March 1913.
Namun sambutan hari wanita sedunia akhirnya mengalami perubahan sewaktu peristiwa yang meragut nyawa 140 orang wanita imigran. Kejadian itu telah mendapat perhatian khusus. Keadaan situasi kerja dan undang-undang tenaga kerja akhirnya menjadi fokus kepada tema Hari Wanita Sedunia pada tahun berikutnya. Kemudian satu perbincangan panjang pada tahun 1913, disetujui bahawa hari wanita sedunia akan disambut pada 8 Mac secara global.
Sambutan Hari Wanita Sedunia terus mendapat liputan yang meluas sehinggalah pada tahun 1975 hari wanita sedunia telah diraikan sewaktu persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pada tahun 1996, PBB menggagas tema tahunan pertama “Celebrating the Past, Planning for the Future,” dilanjutkan pada tahun 1997 dengan tema “Women at the Peace Table.” 1998 dengan “Women and Human Rights,” dan tema-tema lainnya sampai saat ini.
Sampai pada 2021, IWD sudah memiliki wadah dengan nama internationalwomensday.com dengan fokus untuk meraikan pencapaian dan kejayaan wanita serta menyuarakan keserataan gender.