BUAT yang dah kering idea nak masak menu apa buat keluarga, apa kata cuba resepi yang dikenali sebagai ‘Daging Bakar Harimau Menangis’ ini.
Mesti ada yang rasa, apa ke pelik nama resepi ini? Haa… kalau anda nak tahu, menu ini berasal dari Thailand.
Nama unik ini dikatakan diambil kerana terdapat bahagian daging paling sedap tidak boleh dicapai oleh mulut atau gigi harimau disebabkan kedudukannya di celah tulang belakang lembu .
Jadi, harimau yang tidak dapat memakannya akan ‘menangis’. Ini hanyalah perumpamaan semata-mata ya!
Menu ini juga pernah menjadi viral pada tahun lalu taw hingga muncul jenama-jenama pack segera untuk menu ini.
Sebenarnya tak susah pun buat menu ini taw dan yang paling penting memang sedap.
Jom cuba resepi daging bakar harimau menangis yang dikongsi Lina Thomas ini.
Bahan untuk perapan daging
- 500g (2 keping) daging (Ribeye) bahagian yang ada lemak
- 4 ulas bawang putih ditumbuk lumat
- 1 sudu kecil lada hitam ditumbuk lumat
- 1 sudu besar kecil garam
- 4 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar sos ikan
- 3 sudu besar kicap manis
- 4 sudu besar brown sugar
Cara-caranya
1. Campur kesemua bahan diatas daging dan perap.
2. Perap selama 4 hingga 5 jam.
3. Kemudian salai di atas Pan sahaja sehingga masak atau boleh bakar didalam oven. Paling mudah guna Periuk Pemanggang Ajaib je.
Bahan untuk membuat Sos Ala Thai
- 6 ulas bawang putih ditumbuk
- 10 biji cili api ditumbuk
- 3 sudu sos tiram
- 2 sudu sos ikan nampla
- 3 sudu brown sugar
- 1 bawang merah hiris nipis
- 2 biji cili api dihiris
- 1 biji air perahan limau nipis atau lebih jika suka
- Sedikit daun ketumbar dihiris halus
Caranya mudah sahaja. Satukan kesemua bahan diatas dan sesuaikan kesemua rasa dengan selera anda. Selamat mencuba.
Kredit: Lina Thomas