• Hubungi Kami
  • Jom Kongsi
  • Jadi Influencer Kami
  • Login
BumBumCak.my
  • Bum Sana Sini
  • Hamil
  • Anakku
  • Tip & Petua
  • Kesihatan A-Z
  • Aktiviti
    • Aktiviti BBC
    • Webinar
    • Perbincangan
  • BBC TV
Tiada Hasil
Lihat Semua Hasil
BumBumCak.my
  • Bum Sana Sini
  • Hamil
  • Anakku
  • Tip & Petua
  • Kesihatan A-Z
  • Aktiviti
    • Aktiviti BBC
    • Webinar
    • Perbincangan
  • BBC TV
Tiada Hasil
Lihat Semua Hasil
BumBumCak.my
Tiada Hasil
Lihat Semua Hasil
Utama Anakku Kanak-kanak

PERKONGSIAN SELEBRITI: Muaz KOOL FM Kongsi Ragam Anak Masuk Sekolah!

Cikgu Zack oleh Cikgu Zack
5 March 2021
dalam Kanak-kanak
0
PERKONGSIAN SELEBRITI: Muaz KOOL FM Kongsi Ragam Anak Masuk Sekolah!
1
PAPARAN
Share on FacebookShare on Twitter

BILA kita kenang kembali sesi persekolahan bagi murid tahun satu, mesti banyak perkara yang mencuit hati kita. Sesi persekolahan di seluruh negara tahun ini mencatatkan sejarah apabila bermula pada 1 Mac 2021, iaitu Isnin lalu.

Macam-macam kerenah sama ada ibu bapa atau daripada murid-murid dapat kita tengok. Punya berbeza berbanding dulu, siap jemput anak pakai tanda nama lagi! Mungkin ini supaya memudahkan anak-anak mengecam ibu bapa sendiri. Maklumlah, semua orang pun wajib pakai pelitup muka.

BACAANMENARIK

Tidaklah Rumit… Proses Permohonan Anak Angkat Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat

Video: Bapa Acu Pisau Pada Anak, Siap Pijak Muka… Khabarnya Baru Bercerai

Budak Maut Tercampak 20 Meter, Terlepas Genggaman Ketika Check Suhu Masuk Restoran

Tak ketinggalan selebriti tanah air, Muaz Mohamed penyampai radio Kool FM berkongsi kisah anaknya yang berusia tujuh tahun dan lapan ini yang sudah lama tidak berjumpa guru, kawan-kawan dan belajar secara bersemuka.

Katanya sewaktu ditemubual, Muaz mengakui anak sulungnya Emirza Mukhriz Mohamed yang memasuki tahun satu jelas teruja untuk memulakan sesi persekolahan.

“Mungkin sebab terlalu lama duduk di rumah, peluang kembali ke sekolah buatkan dia seronok. Mukhriz sudah bosan duduk di rumah. Bila, dapat berjumpa kawan-kawan terujalah dia.”

“Tahun lalu, Mukhriz sempat menjalani pra sekolah kira-kira lima bulan. Namun, selepas itu, pandemik COVID-19 menyerang, anak saya belajar dalam talian di rumah,” katanya kepada BH Online.

Kata Muaz lagi, Mukhriz bertuah kerana mengikuti prasekolah dan mendaftar tahun satu di sekolah sama.

“Mungkin sebab itu Mukhriz tak kekok. Cuma dia asyik bertanya kenapa tak pakai baju sekolah. Saya jawab secara serius namun dalam nada berseloroh, iaitu senang hendak membezakan dirinya apabila memakai baju sukan.”

Bercakap mengenai pakaian seragam sekolah, Muaz mengakui telah pun membeli pakaian seragam sekolah tetapi berhasrat untuk mengikuti kelonggaran yang diberikan.

“Kami sudah beli pakaian seragam, cuma pentadbiran sekolah beri kelonggaran sehingga 26 Mac depan untuk murid datang ke sekolah dalam persalinan lengkap,” katanya.

Muaz bersyukur, setakat ini, urusan persekolahan Mukhriz lancar dengan semua rutin diatur mengikut prosedur operasi standard (SOP).

“Ketika mengambilnya dari sekolah, Mukhriz seronok bercerita itu dan ini. Dia tidak rasa takut atau risau denga situasi semasa. Sebagai bapa, saya pula cuak dan risau. Namun, saya percaya semuanya akan dipermudahkan.

“Melihat persiapan pihak sekolah terutama dalam aspek SOP, saya tidak gentar. Meja murid juga dijarakkan semeter antara satu sama lain.

“Semua ini perlu dibuat bagi membiasakan normal baharu,” katanya yang memuji sistem menghantar dan mengambil murid di luar perimeter sekolah bagi bagi mengelak sesak.

Muaz berkata, ibu bapa diminta beratur di luar sekolah dengan mematuhi penjarakan sosial dan memakai pelitup muka.

“Sistem penggiliran dibuat bagi murid di semua kelas keluar berasingan dalam tempoh kira-kira 15 minit.

“Cara ini mengelak pertembungan atau perkumpulan ramai. Guru-guru juga komited dengan kaedah pengajaran berbeza. Insya-Allah, diharapkan semua urusan persekolahan anak lancar,” katanya.

Bagi murid Tahun Tiga hingga Tahun Enam mereka akan memulakan sesi persekolahan pada 8 Mac manakala sekolah menengah akan bermula pada 4 April (di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan pada 5 April bagi negeri lain.

Kementerian Pendidikan mengedarkan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula dan Model Pengawalan Keberadaan Murid di Pintu Pagar Sekolah untuk semua sekolah di seluruh negara.

 

SUMBER: BERITA HARIAN

Tag: anakmasuksekolahberitaviralPerkongsian selebriti
Artikel Sebelumnya

Perjuangan Tokoh Wanita Malaysia Yang Dilupakan Sejarah!

Artikel Seterusnya

Kenali Hormon Dalam Tubuh Wanita.. Fungsinya Mengejutkan!

LAGI ARTIKELMERNARIK

Tidaklah Rumit… Proses Permohonan Anak Angkat Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat
Anakku

Tidaklah Rumit… Proses Permohonan Anak Angkat Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat

20 April 2021
Video: Bapa Acu Pisau Pada Anak, Siap Pijak Muka… Khabarnya Baru Bercerai
Bum Sana Sini

Video: Bapa Acu Pisau Pada Anak, Siap Pijak Muka… Khabarnya Baru Bercerai

14 April 2021
Budak Maut Tercampak 20 Meter, Terlepas Genggaman Ketika Check Suhu Masuk Restoran
Isu Semasa

Budak Maut Tercampak 20 Meter, Terlepas Genggaman Ketika Check Suhu Masuk Restoran

12 April 2021
Ada Orang Buat Kartun Ultraman, Upin Ipin Versi Lucah… Sila Kawal Youtube Anak-Anak!
Babab Kang

Ada Orang Buat Kartun Ultraman, Upin Ipin Versi Lucah… Sila Kawal Youtube Anak-Anak!

7 April 2021
Artikel Seterusnya
Kenali Hormon Dalam Tubuh Wanita.. Fungsinya Mengejutkan!

Kenali Hormon Dalam Tubuh Wanita.. Fungsinya Mengejutkan!

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

LIKEFACEBOOK

VIRALKINI

  • Video: Bapa Acu Pisau Pada Anak, Siap Pijak Muka… Khabarnya Baru Bercerai

    Video: Bapa Acu Pisau Pada Anak, Siap Pijak Muka… Khabarnya Baru Bercerai

    0 perkongsian
    Perkongsian 0 Tweet 0
  • Tak Sempat Ganti Puasa, Wajib Bayar Fidyah… Ini Caranya!

    0 perkongsian
    Perkongsian 0 Tweet 0
  • Bapa Pijak Muka Anak Dah Ditahan Polis…. Rupanya Nak Ugut Isteri Pulang

    0 perkongsian
    Perkongsian 0 Tweet 0
  • VIRAL: Syarikat Perjudian Buat Iklan Raya… Bayangkan Anak Kita Tengok!

    0 perkongsian
    Perkongsian 0 Tweet 0
  • Kenapa Ibu Hamil Ada Stretch Mark?

    0 perkongsian
    Perkongsian 0 Tweet 0
IKLAN

TENTANG

Bumbumcak.my ialah laman web pendidikan yang memaparkan artikel berhubung isu-isu keibubapaan dan kanak-kanak di Malaysia.

ARTIKELPOPULAR

Video: Bapa Acu Pisau Pada Anak, Siap Pijak Muka… Khabarnya Baru Bercerai

Video: Bapa Acu Pisau Pada Anak, Siap Pijak Muka… Khabarnya Baru Bercerai

oleh Mommy Faa
14 April 2021

Bapa Pijak Muka Anak Dah Ditahan Polis…. Rupanya Nak Ugut Isteri Pulang

Bapa Pijak Muka Anak Dah Ditahan Polis…. Rupanya Nak Ugut Isteri Pulang

oleh Mommy Faa
16 April 2021

VIRAL: Syarikat Perjudian Buat Iklan Raya… Bayangkan Anak Kita Tengok!

VIRAL: Syarikat Perjudian Buat Iklan Raya… Bayangkan Anak Kita Tengok!

oleh Cikgu Zack
16 April 2021

KATEGORI

  • 1st Trimester (2)
  • 2nd Trimester (1)
  • Anak Istimewa (1)
  • Anakku (377)
  • Babab Kang (52)
  • Bayi (24)
  • Bersalin & Kelahiran (4)
  • Bum Sana Sini (243)
  • Cantik (5)
  • Hamil (187)
  • Hiburan (16)
  • Hubungan Seks (4)
  • Infomasi Terkini (50)
  • Inspirasi (70)
  • Isu Semasa (57)
  • Kanak-kanak (20)
  • Keibubapaan (15)
  • Kesihatan A-Z (49)
  • Kesihatan Bayi (13)
  • Kesihatan Kanak-kanak (23)
  • Kesihatan Mama (19)
  • Makanan Tambahan & Kesihatan (3)
  • Pelbagai (55)
  • Penjagaan Diri (17)
  • Penjagaan Ibu Selepas Bersalin (14)
  • Pra-Hamil (2)
  • Preschooler (3)
  • Remaja (2)
  • Resepi (15)
  • Senaman (1)
  • Stail (40)
  • Suami Isteri (21)
  • Tip & Petua (351)

IKUTIKAMI

Facebook Twitter Instagram
  • UTAMA
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan

2021 © BumBumCak.my

Tiada Hasil
Lihat Semua Hasil
  • Beriklan Dengan Kami
  • Blog
  • Editorial
  • Home
  • Hubungi Kami
  • Jom Kongsi!
  • Kongsi Cerita / Jadi Influencer Kami
  • Mommy Influencer – Jadi Influencer Kami
  • Utama

2021 © BumBumCak.my

Selamat Datang!

Login ke akaun anda di bawah

Lupa Password?

Dapatkan password anda

Sila masukkan username atau emel untuk set semula password.

Log In