SEMUA ibu hamil mahukan yang terbaik buat bayi dalam kandungannya hinggalah mereka selamat dilahirkan. Kebiasaanya ketika hamil, jururawat akan memberikan beberapa suplemen secara percuma selepas selesai pemeriksaan di klinik ibu dan anak.
Suplemen yang diberi antaranya Folic Acid, Iron dan beberapa vitamin lain ini wajib diambil demi kebaikan ibu dan perkembangan pertumbuhan bayi.
Tahukah anda, ada suplemen tambahan lain yang boleh diambil ketika hamil dan membantu perkembangan otak bayi iaitu dikenali sebagai Minyak Ikan atau selalu disebut ‘fish oil’.
Ini kerana fish oil mengandungi sumber asid lemak omega-3 iaitu DHA yang bagus untuk otak, membantu kembangkan membrane sel saraf dan penglihatan bayi.
Kandungan EPA, sejenis omega-3 yang terdapat dalam fish oil juga dapat meningkat sistem imun bayi.
Fish oil ini digalakan diambil ketika ibu sedang hamil dan menyusu bayi bagi mendapatkan manfaatnya secara optimum kerana dua tahun pertama adalah tempoh paling penting dalam perkembangan otak.
Menurut portal hellodoktor.com, satu kajian telah diadakan di Australia pada tahun 2006 melibatkan 98 wanita hamil yang dibahagiakan kepada dua kumpulan.
Kumpulan pertama menerima 4 gram minyak zaitun setiap hari, manakala kumpulan kedua menerima 4 gram minyak ikan. Mereka dikehendaki mengambil minyak itu bermula minggu ke-20 kandungan hingga selamat bersalin.
Setelah bayi mereka berusia 2 tahun setengah, para pengkaji kemudian membuat kajian dan mendapati kumpulan kedua yang ibunya makan minyak ikan setiap hati merekodkan markah yang lebih tinggi dari penilaian koordinasi mata dan tangan.
Bagaimanapun, tiada perbezaan dicatat dari perkembangan fizikal tubuh dan kemahiran bahasa menerusi kajian itu.
Namun, sekiranya anda kerap makan ikan setiap minggu, pakar menyatakan tiada keperluan untuk mengambil suplimen tambahan itu. Kalau ianya baik untuk janin kita, tiada salah kalau kita melabur sedikit wang bukan? Jadi pastikan anda mengamalkan fish oil semasa hamil.