Setiap ibu yang hamil pastinya gembira apabila mengetahui dalam tubuhnya ada satu lagi nyawa yang hidup. Ketika kita menerima perkhabaran hamil, tidak ada bahagia yang dapat disembunyikan daripada wajah seorang ibu yang hamil.
Namun proses kehamilan ada cabarannya. Ada kemungkinan berlakunya situasi tidak selesa. Contohnya, perut akan menjadi keras! Keadaan ini berlaku apabila uterus telah berkembang dan mula menekan dinding perut. Ketika inilah bakal ibu merasa risau.
Tapi perkara ini adalah hal yang normal bagi kebanyakan ibu. Jadinya, tidak ada yang perlu dikhuatirkan.
Kadang-kadang, perut yang keras akan menyababkan ibu ibu menghadapi tekanan mental yang membuatkan kita merasa murung dan tidak dapat memberian tumpuan ketika beraktiviti.
Jom kami kongsikan beberapa sebab mengapa ibu keras sewaktu hamil.
#1. Rahim yang mulai meregang
Bayi terbentuk di rahim ibu yang mana terletak di tengah tulang pinggul atau di antara pundi kencing dan rektum si ibu. Ketika bayi membesar, ukur lilit pinggang si ibu juga akan membesar dan rahim juga akan melalui proses serupa.
Keadaan ini merupakan sebab utama mengapa perut si ibu menjadi keras selepas kehamilan.
Disebabkan ketegangan rahim yang berlaku pada trimester pertama kehamilan, ibu-ibu akan rasa tak selesa.
Ketika trimester kedua pula, jumlah air dalam perut si ibu juga akan meningkat menyebabkan perut menjadi lebih keras berbanding kebiasaannya.
#2. Rangka janin berkembang
Kebiasaannya, ibu hamil akan mengalami gejala perut terasa tegang dan keras ketika trimester kedua kerana rangka janin sedang berkembang dalam tempoh tersebut.
Ketika ini, perut si ibu menjadi tegang disebabkan tulang dan rangka tubuh bayi sudah terbentuk. Ini adalah antara sebab mengapa perut menjadi lebih keras. Tetapi pada akhir kehamilan, memang perut ibu akan tetap keras.
#3: Ibu hamil yang kurus dan gemuk
Perut yang keras selama kehamilan mungkin berbeza mengikut jenis tubuh badan kita.
Bagi ibu-ibu yang tubuhnya kurus, kebiasaannya akan mengalami perut tegang pada awal-awal kehamilan manakala bagi ibu hamil yang sedikit berisi akan mengalami rasa ketegangan di bahagian perut pada trimester ketiga kehamilan.
#4: Timbulnya Tanda Selulit
Sesetengah ibu hamil akan mengalami sakit perut yang serius sepanjang tempoh kehamilan dan lebih parah lagi ketika menghampiri tempoh melahirkan.
Dalam trimester ketiga, keadaan ini terjadi lebih kerap kerana uterus mengembang kerana disebabkan pertumbuhan bayi. Jika kita terus, jangan lupa dapatkan rawatan. Risau pula ada komplikasi-komplikasi tertentu.
Sebab lain yang menyebabkan ketegangan perut adalah disebabkan masalah selulit.
Tapi masih ada caranya untuk menghilangkan selulit sewaktu kehamilan ini. CUbalah gunakan krim vitamin A topical seperti Retina-A.
#5: Ibu hamil yang mengalami sembelit
Perut yang keras juga mungkin disebabkan tabiat makan yang buruk seperti kebiasaan makan terlalu cepat.
Ketika menghabiskan makanan dengan terlalu cepat, ada kemungkinan kita akan menghadapi sembelit.
Sembelit adalah antara penyebab umum perut si ibu menjadi keras ketika hamil terutamanya bagi si ibu yang kerap mengambil minuman bersoda dan minuman bergas.
Kesannya adalah perut si ibu menjadi pedih dan ibu hamil akan menghadapi masalah pencernaan. Sebab itulah ibu hamil digalakkan memakan makanan yang tinggi serat.
Itulah tadi 5 sebab yang menyebabkan perut menjadi keras bermula awal kehamilan sehinggalah pada saat hendak melahirkan cahaya mata.