Kenapa Rambut Gugur Selepas Bersalin?
Perasan tak selepas 3-4 bulan melahirkan anak, banyak rambut yang gugur terutamanya selepas kita mandi dan mengeringkan rambut. Ada masanya kita dapat tengok di atas bantal, makin disikat, makin pula kita perasan ia gugur.
Apa Yang Menyebabkan Rambut Gugur?
Sewaktu mengandung, kadar estrogen dan progestron dalam badan kita kaum wanita biasanya lebih banyak berbanding biasa yang menyebabkan kadar pembaharuan sel dalam dalam kaum wanita berlaku lebih cepat. Selepas bersalin, kadar hormon akhirnya kekal manakala rambut yang sepatutnya gugur dan bertambah di folekel rambut berada dalam keadaan rehat. Namun, pada tiga bulan berikutnya, barulah rambut yang sepatutnya gugur akhirnya menampakkan proses keguguran. Perkara ini merupakan satu hal yang normal dan tak perlu dirisaukan. Namun, ada beberapa Langkah yang boleh diambil oleh kita untuk mengurangkan rmabut dari gugur dengan kadar yang banyak. Antaranya ialah:-
Meminimumkan Tekanan
Menjaga cahaya mata yang baharu sememangnya memenatkan dan memberi tekanan kepada anggota tubuh. Pastikan kadar gula dalam darah, zat besi, ferritin, zinc dan Vitamin D dalam tubuh berada dalam kadar yang normal. Semua ini penting untuk meminumkan tekanan.
Amalkan diet tinggi Protein
Protein membantu penumbuhan rambut dan jangan takut untuk gunakan shampoo dengan kerap. Realitinya, mencuci rambut dengan kerap tidak memberi kesan kepada rambut gugur. Rambut yang gugur memang sedia akan gugur.
Rujuk ahli dermatologi
Sekiranya perjalanan darah kita berada dalam keadaan yang baik tetapi masih berlaku masalah keguguran. Pilihan rawatan yang wujud termasuklah sesi terapi dan rawatan laser di bahagian folikel rambut untuk merangsang pertumbuhan rambut baharu.
Pasti ramai kaum ibu yang bertanya sama ada masalah keguguran rambut ini akan terus berlaku selepas tempoh bersalin anak kedua, ketiga dan seterusnya? Sebenarnya tidak. Masalah keguguran yang biasanya dialami oleh golongan wanita yang bersalin anak kedua dan seterusnya lazimnya dikaitkan dengan faktor genetik dan keturunan. Kehamilan bagi faktor genetik biasanya akan menyebabkan rambut di bahagian hadapan dan tengah kepala untuk menipis. Merujuk kepada kenyataan David Salinger, Pengarah International Association of Trichologist.