UMUM mengetahui, setiap pada tanggal 8 Mac kita menyambut hari wanita sedunia. Jadi sempena hari istimewa kaum hawa ini, jom kita kenali hormon-hormon yang ada dalam diri wanita.
Macam kita tahu, tubuh wanita mengalami banyak perubahan dalam hidupnya semenjak datang bulan kali pertama, semasa ovulasi, mengandung, bersalin hinggalah monopos. Jadi kewujudan hormon ini penting kerana ianya membantu dalam mengendalikan fungsi tubuh, pertumbuhan, metabolisme dan juga sistem organ reproduksi.
Pendek kata, hormon ini tugasnya memberi isyarat atau merupakan satu bentuk komunikasi untuk mengawal sistem fungsi badan wanita.
Bagi yang tak tahu, hormon merupakan zat kimia yang dihasilkan oleh sistem endokrin dan setiap hormon yang terhasil ada fungsinya yang khusus. Nak tahu fungsinya, jom baca artikel ini..
1. Progesteron
Hormon ini dikenali sebagai hormon seks yang mempengaruhi kitaran haid dan menjaga kehamilan.
Ini kerana, saat berovulasi, hormon ini akan bantu mempersiapkan lapisan pada rahim untuk menerima telur yang sudah dibenih dengan sperm. Semasa hamil, hormon ini menjadi tinggi dalam tubuh kerana untuk mengelakkan sel telur baru terhasil dan memberi signal pada tubuh badan untuk mempersiapkan produksi susu ibu.
Bagaimanapun sekiranya tiada pembenihan sperm berlaku, hormon ini akan menurun dan mempersiapkan menstruasi berlaku. Hormon ini juga membantu menghasilkan sel telur semasa ovulasi.
2. Estrogen
Hormon ini dihasilkan oleh ovarium. Hormon ini penting bagi wanita kerana ianya membantu dalam proses perkembangan dan perubahan tubuh seperti tubuhnya payudara, rambut pada kemaluan, fungsi organ seksual dan mengendalikan sistem haid.
Buat ibu hamil pula, hormon estrogen membantu dalam menjaga dan memperkuatkan rahim, menyalurkan nutrisi ibu hamil kepada janin dan membantu pertumbuhan kelenjar untuk susu ibu.
Bagaimanapun setelah wanita ini monopose, produksi hormon ini akan berkurang.
3. Testosteron
Hormon selalu dikaitkan dengan lelaki, namun wanita juga turut memiliknya namun kadarnya tidaklah terlalu tinggi.
Ini kerana hormon ini membantu dalam keinginan untuk rasa bernafsu seksual, dan dalam masa sama menjaga kesihatan vagina dan payudara.
4. Hormon Luteinizing (LH)
Hormon ini dihasilkan oleh kalenjar pituitary di otak. Ianya berfungi menjaga ovarium dan mengaturkan kitaran menstruasi berjalan lancar.
Kadar LH ini meningkat saat menstruasi dan setelah wanita itu monopos. Kadar LH yang terlalu tinggi pada tubuh wanita dapat mengakibatkan masalah reproduksi.
5. Follicle Stimulating Hormone (FSH)
FSH ini digunakan untuk merangsang folikel hormon estrogen and progesteron. Sel telur kemudian akan dimatangkan untuk mempersiapkan diri menjelang masa subur atau ovulasi.
Bila kadar FSH rendah, ianya memberi kesan dimana wanita tidak mengalami ovulasi atau ianya juga tanda kehamilan terjadi.
Bagaimanapun semasa subur, penghasilan FSH dihentikan untuk memberi ruang penghasilan hormon LH. Bila hormone FSH ini tinggi juga adalah tanda wanita memasuki monopos.
6. Hormon Oksitosin.
Hormon ini kebiasaanya meningkat saat hamil terutamanya semasa hampir waktu bersalin. Peningkatan hormon ini juga membuatkan rahim berkontraksi untuk mempersiapkan proses bersalin. Setelah bersalin, hormon ini turut membantu menghasilkan susu ibu.
Ajaibnya tentang hormon, ianya membantu ibu melupakan kesakitan saat melahirkan kerana ianya boleh memberi efek amnesia dan membuatkan ibu menumpukan ingatan pada apa sedang terjadi.
Selain itu, oksitosin berhubungan dengan sistem penghargaan (reward system) di otak. Sebagai contoh, ibu mencium anak jadi terlahirlah hormon oksitosin. Hormon ini membuatkan ibu kurang berasa stress.
Sekarang anda dah nampak kan kepentingan hormon buat wanita. Jadi untuk menjaga keseimbangan hormon dalam tubuh anda perlu amalkan makanan sihat, bersukan, dapatkan tidur cukup dan hindarkan rasa stress.