RASANYA mesti ramai pernah nampak jaring ini di kedai bahagian alat-alat tulis atau deko seperti DAISO, MR DIY dan KAISON kan?
Mesti anda tertanya-tanya apa fungsinya dan hanya menyangka ianya hanya untuk melekatkan kertas atau hanya hiasan deko semata-semata.
Sebenarnya ada macam-macam boleh dibuat dengan jaring ini kalau anda pandai eksplorasi dan manfaatkannya.
Perkongsian ini dibuat oleh Noor Hafizah Mohamad dan mendapat hampir 7 ribu dikongsi peminat deko.
“Jaring ini dipanggil wirenet. Selain untuk dekorasi, ia boleh dijadikan organizer barang di ruang sempit. Banyak lagi kegunaannya yang boleh di eksplorasi dan dimanfaatkan.
“Antara kegunaannya adalah sebagai tempat susun bekas rempah, gantung sudip dan fry pan, dijadikan rak, gantung kaktus kecil, dekorasi meja belajar, organize alatulis dan banyak lagi,” tulisnya.
Bagi yang tak tahu caranya, anda hanya perlu menggantungkan pada permukaan dinding menggunakan drill ataupun hook yang kuat seperti gam gajah.
Kalau untuk menggantung barang, anda boleh gunakan hook besi manakala kalau nak dijadikan almari untuk menyimpan periuk anda boleh gunakan cable tie.
Senang sahaja cara pembuatannya dan rumah pun nampak lebih kemas serta teratur. Jadi sekarang anda dah tahu kegunaan, boleh lah simpan stok satu di rumah.