Sebagai ibu bapa, anda lazimnya mengetahui kandungan kafein yang ada dalam secawan kopi. Jadi, anda tidak memberikannya kepada anak-anak. Kafein adalah bahan yang terhasil daripada daun dan benih daripada pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan. Ramai yang sedia maklum, bahawa pengambilan jumlah kafein yang sedikit akan memberikan kesan tenaga dan tumpuan yang panjang. Kafein dianggap sebagai bahan dadah yang mengawal sistem sarat pusat dan berhubungkait terus dengan otak manusia.
Perkara ini telah diketahui oleh kebanyakan daripada kita. Biasa kita melihat anak-anak merengek meminta untuk merasa sedikit kopi di tangan kita. Sebagai ibu bapa, tentu sekali kita tidak akan bersetuju dengan permintaan mereka. Kita kemudiannya memilih untuk memberikan minuman bersoda sebagai ganti kepada kopi. Keputusan itu tak semestinya tepat. Di luar pengetahuan kita, dalam minuman bersoda juga terdapat 21-41 gram kafein. Oleh itu, sebagai ibu bapa yang prihatin, kita perlu mencari jalan untuk mengurangkan pengambilan kafein terutama untuk diberikan kepada anak-anak yang masih kecil. Pengambilan jumlah kafein yang berlebihan boleh mendatangkan beberapa kesan yang tidak baik bagi tubuh anak-anak. Antaranya;
- Mudah berasa gelisah dan tertekan
- Sakit perut
- Pening
- Sukar memberi tumpuan
- Sukar untuk tidur
- Kadar degup jantung meningkat
- Darah tinggi
Bahan-bahan makanan berkafein juga mengandungi kalori yang tinggi selain tidak memberi sebarang khasiat pada tubuh. Realiti untuk kanak-kanak, pengambilan minuman bersoda setiap hari akan meningkatkan 60 peratus peluang untuk kanak-kanak menjadi obesiti. Kita sepatutnya sedar bahawa kuasa memilih di tangan kita. Jangan memilih makanan yang tidak baik untuk tubuh badan anak-anak. Kekurangan zat-zat makanan dalam tubuh dalam tempoh mereka membesar merugikan anak-anak sendiri dan memberikan kesan kepada kesihatan mereka.
Kafein yang dianggap sebagai dadah ini sudah tentu memiliki unsur-unsur ketagihan. Individu-individu yang mengambil hidangan berkafein secara berlebihan kemudiannya cuba berhenti secara tiba-tiba akan menghadapi simptom-simptom gangguan sementara seperti sakit kepala, lenguh-lenguh sendi, sakit otot, gelisah dan tekanan jiwa. Oleh yang demikian, ibu bapa seharusnya mengehadkan pengambilan bahan berkafein dan meneliti beberapa hidangan selain kopi yang turut berkafein. Antara contoh bahan-bahan makanan lain yang mengandungi kafein ialah:-
- Kek
- Kuaci
- Coklat
- Produk-produk tenusu
- Gandum oat
- Teh
- Frozen Waffles
- Keropok
Anda tidak seharusnya mengambil mudah tentang pengambilan kafein bagi anak-anak. Perhati gejala-gejala yang timbul disebabkan pengambilan hidangan-hidangan yang berkafein. Jadilah contoh terbaik dengan mengurangkan pengambilan minuman berkafein. Terangkan keburukan yang timbul disebabkan hidangan berkafein, sama seperti pemahaman yang sepatutnya timbul dalam diri anak-anak tentang bahaya merokok. Anak-anak perlu disediakan dengan zat-zat makanan yang berkhasiat sepanjang mereka membesar justeru pengetahuan yang luas tentang khasiat-khasiat pemakanan akan membantu anda bertindak dengan lebih bijak.