Kenapa Vitamin D Penting Untuk Anak-Anak?
Ibu bapa tahu ke yang Vitamin D penting untuk pembentukan tulang dan sistem immunisasi anak-anak? Tapi kita tak tahu sama ada anak kita mendapat sumber vitamin D yang cukup. Mana tidaknya, kita hendak izinkan anak-anak keluar bermain waktu pagi pun susah, takut terdedah dengan cahaya matahari. Tambahan perintah kawalan pergerakan lagi, memang susah untuk dapatkan vitamin D daripada sumber matahari.
Kepentingan Vitamin D
Setiap kanak-kanak dan orang dewasa memerlukan Vitamin D. Pengambilan vitamin D penting untuk menguatkan tulang, membantu sistem immunisasi anak-anak, mengurangkan kelahiran pramatang dan beberapa penyakit lain.
Menguatkan tulang: Bila bercakap tentang kekuatan tulang terutamanya dalam kalangan kanak-kanak, apa yang terlintas adalah pengambilan kalsium. Sebenarnya ada banyak perkara yang mesti dititik-beratkan iaitu vitamin D. Apa gunanya vitamin D? Bagi penyerapan mineral yang diperlukan untuk tulang, vitamin D merupakan perkara yang diperlukan oleh setiap individu terutamanya kanak-kanak. Kanak-kanak membina tulang sewaktu zaman kanak-kanak, jadi kalsium dan vitamin D sama pentingnya. Dalam beberapa kes, kekurangan vitamin D boleh menyebabkan ricket atau keadaan tulang kaki yang melengkung dan lemah.
Menguatkan Sistem Imuniti: Vitamin D turut memainkan peranan penting dalam memperkuatkan sistem imuniti kanak-kanak. Sebuah kajian bertajuk Maternal 25(OH)D concentrations ≥40 ng/mL associated with 60% lower preterm birth risk among general obstetrical patients at an urban medical center yang diterbitkan pada tahun 2017 oleh Dr. Gaither dan rakan-rakan di Universiti Missouri, Colombia menunjukkan kewujudan vitamin D dalam kadar 50 nanogram setiap mililiter (ng/ml) dalam darah memberikan sistem pertahanan kepada jangkitan pernafasan (viral respitatory infection) terutamanya dalam menangani kesan wabak COVID-19.
Mengurangkan Risiko Kelahiran Bayi Pramatang: Bukan setakat kanak-kanak, ibu mengandung turut memerlukan Vitamin D dalam tubuh. Kajian tersebut menunjukkan risiko kelahiran bayi pramatang mengurang sehingga 60% apabila kadar konsentrasi Vitamin D dalam darah adlah 40 ng/ml atau lebih tinggi.
Mencegah Penyakit: Penyelidik National Institutes of Health (NIH) sedang memahami kesan vitamin D yang berupaya mencegah penyakit serius seperti kanser dan penyakit jantung. Tetapi kajian ini masih lagi dijalankan sebelum bukti-bukti klinkal dapat didedahkan kepada bacaan umum.
Berapa Banyak Vitamin D Yang Diperlukan Kanak-Kanak?
Menurut Akademi Pediatrik Amerika, jumlah vitamin D yang diperlukan bayi di bawah 12 bulan bersamaan 400 Unit SI setiap hari manakala kanak-kanak di atas usia tersebut memerlukan 600 Unit SI vitamin D setiap hari. Bagi ukuran-ukuran lain, kebanyakan saintis beretuju bahawa bacaan vitamin D yang diperlukan dalam darah adalah sekitar 40-60 ng/ml yang berupaya mengurangkan risiko penyakit sehingga 50 peratus.
Bayi yang mengambil susu ibu sahaja perlu mengambil vitamin D tambahan dalam bentuk droplet yang diambil pada kadar 400 Unit SI setiap hari untuk membekalkan nutrisi atau Vitamin D yang tidak dipenuhi melalui pengambilan susu ibu.
Apakah Sumber Terbaik Bagi Vitamin D?
Tak banyak makanan yang kaya dengan sumber vitamin D. Tiga hidangan Sumber utama bagi matahari tetaplah matahari. Kanak-kanak boleh mendapat vitamin D apabila kulit mereka terdedah kepada sinaran cahaya matahari. Antara hidangan yang memiliki sumber vitamin D yang tinggi adalah ikan salmon, kuning telur dan ikan tuna.
Namun, jika ibu bapa risau anak-anak tak boleh keluar rumah disebabkan hari hujan atau cuaca yang terlalu sejuk, bolehlah diberikan multivitamin yang mengandungi kandungan vitamin D yang secukupnya. Tetapi kita di Malaysia, rasanya selalu panas kan?