Ekoran situasi pendemik Covid-19 berlaku, ramai ibu bapa membuat persiapan akhir-akhir kerana masih keliru dengan persekolahan bagi tahun 2021.
Kementerian Pendidikan juga ada mengumumkan persekolahan bermula 20 hari bulan Januari ini. Namun ekoran Perintah Kawalan Pergerakan yang berlangsung kini sesi persekolahan berlangsung secara online buat sementara waktu.
Buat ibu bapa, yang mempunyai anak berusia 5 dan 6 tahun ketika ini mesti sedang merancang dan survey untuk menghantar anak ke pra sekolah atau tadika yang mana.
Ada juga yang tertanya-tanya penting ke untuk memasukkan anak untuk Pendidikan awal ini. Sebenarnya, memperkenalkan anak kepada Pendidikan awal adalah perlu bagi membolehkan anak bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum masuk alam persekolahan.
Di pra-sekolah atau tadika lah, anak-anak ini belajar mengenal huruf, abjad dan cara membaca.
Selain itu, kanak-kanak dapat berdikari dan meningkatkan keyakinan diri mereka dalam bersosial sebelum berada dalam alam persekolahan yang sebenar.
Jadi, tidak salah ibu bapa mengetepikan keinginan sementara dan melabur sedikit dalam pendidikan awal anak-anak. Bukan anak orang lain, anak kita juga kan!
Sebelum menghantar anak ke tadika atau pra sekolah, anda perlu tahu setiap tadika mempunyai harga yang berbeza-beza dan kaedah pelajaran yang berlainan juga.
Kaedah pelajaran yang berlainan inilah yang membuatkan pihak tadika mengenakan yuran bayaran lebih tinggi dengan tadika lain.
Ada tadika menfokuskan medium percakapan Bahasa Inggeris, ada pula yang bersifat keagamaan dan kerohanian. Tidak kurang juga yang menawarkan pengajaran skill melalui kaedah Montesori (pengajaran dan pelajaran menggunakan deria).
Ini kami kongsikan beberapa anggaran harga Tadika di Malaysia yang boleh anda jadikan survey untuk menghantar anak-anak anda ke tadika.
- Genius Aulad
Sudah 20 tahun bertubuhkan di Malaysia, tadika ini mempunyai banyak rangkaiannya.
Tadika ini menggunakan pengantara Bahasa Inggeris dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam pelajaran.
Selain itu, pelajar diajar tentang hafalan surah dan cara-cara untuk solat.
Harga
Yuran Tahunan: RM 1550
Yuran Bulanan: RM 320
- Smart Rider Kids
Smart Rider merupakan tadika yang menjadi pilihan ramai ibu bapa.
Tadika ini juga pernah diiktiraf sebagai Pusat Pengembangan Kanak-Kanak Terbesar di Malaysia.
Ibu bapa boleh menghantar anak-anak sejak berusia 3 tahun hingga 6 tahun.
Antara istimewa tadika ini, ianya mempunyai slot khas demonstrasi memasak dalam mata pelajarannya.
Harga
Yuran Tahunan: RM1300
Yuran Bulanan: RM330
- Tadika Kemas
Tadika Kemas atau dikenali sebagai tadika kerajaan awalnya ditubuhkan khusus buat ibu bapa yang berpendapatan rendah. Namun kebelakangan ini, ramai ibu bapa memasukkan anak ke tadika ini kerana harganya yang murah dan kualitinya terbaik.
Bagaimanapun, kemasukan ke tadika ini agak terhad bagi kawasan-kawasan bandar dan hanya yang benar-benar layak sahaja dibenarkan.
Silibus tadika ini mengikut Kurikulum Standard Pra Sekolah (KSPK) dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Harga
Yuran Tahunan: RM 200
Yuran Bulanan: RM 30
- Little Caliph
Seperti Genius Aulad, Little Caliph juga menggunakan pengantaraan Bahasa Inggeris dan menerapkan elemen Islam dalam pelajarannya.
Little Caliph ini menerima maklum balas positif dari ramai ibu bapa pelajar yang mengakui anak mereka boleh membaca dengan cepat.
Walaupun PKP berlangsung tahun lalu, tadika ini turut mengadakan kelas online kepada pelajar-pelajarnya.
Harga
Yuran Tahunan: RM 1700
Yuran Bulanan: RM 319
- Tadika Pasti
Tadika Pasti merupakan tadika yang mengajar anak-anak tentang ajaran Islam seperti hafazan surah, solat dan doa-doa tertentu.
Selain itu, Pasti juga menerapkan silibus seperti yang disarankan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Harga
Yuran Tahunan: RM 750
Yuran Bulanan: RM 160
- Brainy Bunch
Tadika Brainy Bunch mempunyai 102 cawangan yang dimiliki sepenuhnya oleh HQ dan bukan milik mana-mana franchisor.
Tadika ini menawarkan Pendidikan Islam menggunakan Bahasa Inggeris dan pembelajaran berbentuk Montessori.
Selain itu, tadika ini turut menekankan adab dan menyelitkan sistem pendidikan ala Jepun dimana pelajar belajar mengemop, membasuh pinggan dan aktiviti membersih.
Tadika ini juga hanya menumpukan 15 orang sahaja pelajar untuk satu kelas.
Harga
Yuran Tahunan: RM1700
Yuran Bulanan: RM370
Ini hanyalah anggaran harga kami berdasalkan survey di Lembah Klang. Namun berdasalkan info yang kami terima setiap bayaran berbeza mengikut cawangan. Jadi sekiranya anda ingin mendapatkan harga yang tepat untuk tadika kawasan anda, hubungi tadika berkenaan untuk maklumat lanjut.
Untuk pengetahuan anda, ibu bapa juga perlu membeli pakaian uniform dan sukan dari tadika masing-masing.
Semoga pelaburan anda ini, menjadikan anak anda bijak dan berguna. Insyallah.