DALAM kehidupan serba moden sekarang, isteri sama-sama berkebolehan seperti suami dan bijak mencari wang. Dengan kelebihan yang mereka miliki isteri bila gaduh sahaja dengan suami selalu kita dengar keluar rumah tanpa beritahu suami. Ada pula wanita bila dah sibuk dengan kerja, rasa malas nak terima ajakan suami lakukan hubungan intim. Belum campur, wanita yang malas ikut kata-kata suami.
Bagi kebanyakkan wanita, itu perkara biasa dan bak kata orang ‘asam garam kehidupan berumah tangga’. Namun tanpa disedari isteri tersebut boleh digelar nusyuz.
Apakah itu Nusyuz?
Satu terma yang digunakan dalam Islam untuk menggambarkan isteri yang ingkar atau derhaka pada suaminya. Terma perkataan ini digeruni ramai wanita kerana menggambarkan dirinya mempunyai perangai buruk dan boleh menjadi penyebab dia diceraikan.
Melakukan nusyuz adalah haram dan ianya merupakan satu dosa yang besar.
Dalam Islam juga ada menyatakan sekiranya isteri berlaku nusyuz, isteri tidak mempunyai hak ke atas nafkah suami sehinggalah isteri berkenaan bertaubat. Jadi sebagai isteri, perkataan itu kalau boleh hendaklah dielak dan dijauhkan.
Apabila gaduh, memang emosi mengatasi segalanya namun isteri beringatlah agar tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan mereka nusyuz antaranya ialah:
Isteri mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.
Membenarkan lelaki ajnabi memasuki rumah tanpa izin.
Keluar rumah tanpa izin suami tanpa alasan yang munasabah.
Tidak mahu tidur bersama bila diajak oleh suami tanpa sebab yang syariie.
Tidak mahu mendengar atau mengendahkan kata-kata suami yang tidak bercanggah dengan syariat
Tidak memenuhi tanggungjawab sebagai isteri tanpa sebab yang munasabah
Apabila isteri menjauhkan dirinya daripada suaminya seperti mengendahkan panggian suami dan tidak buka pintu bilik.
Apabila isteri enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut hukum syarak.
Untuk mengelakkan isteri terus nusyuz, suami perlulah mendidik isteri dan sekiranya tidak diendahkan suami hendaklah pengasingkan tempat tidur dan memukul mengikut syarat dengan niat mendidik dan bukan melepaskan amarah atau mencederakan.
Allah berfirman:
Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.
– Surah An-Nissa (34)
Semoga sama-sama kita menjadi isteri yang baik. Insyallah…
Kredit: AkuIslam.Com