SEMUA manusia tak kira usia, mesti pernah mengalami masalah pening kepala.
Bila datang sakit kepala, automatik diri jadi tidak seimbang hingga semua perkara pun tak boleh dilakukan dan mengganggu rutin-rutin harian.
Ada setengah individu peningnya hanya sekejab, ada pula kes yang peningnya berterusan dan semakin bertambah.
Sakit itu tambah kronik, kalau pening didatangi dengan rasa nak pengsan atau jatuh tiba-tiba.
KENAPA PENING KEPALA?
Menurut Dr Zubaidi, pening bukanlah satu penyakit sebaliknya itu adalah tanda atau gejala tekanan darah rendah, kekurangan darah merah, masalah saraf, masalah lemah jantung dan beberapa penyakit lain.

Bagaimanapun sekiranya individu itu tidak mempunyai penyakit, kebiasaanya, pening boleh terjadi kerana kekurangan air, terlalu banyak lakukan aktiviti fizikal, perubahan hormon, pergegaran akibat dalam kendaraan dan akibat kesan ubat-ubatan.
CARA HILANGKAN PENING
Sejak kecil, kita tahu apabila datang pening, ubat yang boleh kita boleh ambil untuk kurangkan pening adalah Panadol atau Paracetamol.
Ada juga yang enggan mengambil sebarang ubat dan membiarkan pening itu beransur hilang.
Namun buat yang tak tahan dengan pening kepala yang dirasa dan tidak mahu menggunakan ubat, bolehlah cuba beberapa tips ini..
1.Minum air secukupnya
Pening boleh jadi kerana kekurangan hidrasi dalam badan, jadi anda perlukan air yang cukup untuk mengurangkan pening kepala.
2. Ambil Makanan Sedikit
Bila pening ambil sedikit makanan yang tidak pedas atau berminyak. Ini kerana pening boleh jadi kerana tahap gula dalam badan seseorang kurang.
Sekiranya tiada makanan ketika itu, cukup ambil apa-apa saja untuk alas perut seperti kekacang. Buat yang tiada penyakit kencing manis, boleh ambil buah-buahan.
3.Halia
Halia bukan sahaja bagus untuk hilangkan angin, tapi baik untuk masalah pening dan loya. Halia mampu merangsang pengaliran darah pada otak.
Anda boleh letakkan kepingan halia dalam air atau hisap halia dicampur madu perlahan-lahan dalam mulut.
4.Lemon
Semua tahu lemon baik untuk kesihatan. Lemon dapat meningkatkan daya tahan dan mengurangkan rasa loya. Selain itu, Lemon juga memberi tenaga pada individu.
Anda hanya perlu amalkan air lemon dicampur madu sekurang-kurangnya tiga gelas sehari.
5.Ginkgo Biloba
Bagusnya tentang herba ini, ianya mampu mengembangkan saluran darah dan mengurangkan loya dan muntah.
Buat yang sering pening kepala, anda boleh dapatkannya sebagai suplemen di farmasi.
Ini antara beberapa tips yang boleh anda amalkan sekiranya pening kepala. Ingat, setiap kali datang sakit apa pun, pastikan tarik nafas dalam-dalam sekurang-kurangnya 10 kali untuk memudahkan oksigen dibekalkan kepada otak. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda ketika pening kepala.
Kredit: Dr Zubaidi Blog