KALAU ada yang masih ingat, tanggal 25 Januari 2020 lalu merupakan tarikh buat kali pertama, Malaysia mencatatkan rekod kes pesakit Covid-19 ada di negara kita.
Kini setahun sudah pun lalu, pandemik Covid-19 ini masih lagi tiada tunjuk tanda-tanda bakal reda sama ada pada peringkat global mahupun negara ini.
Malah, sangkaan tahun 2021 bakal memberi sinar baharu juga masih jauh untuk dibayangkan apabila awal Januari kerajaan terpaksa sekali lagi melakukan Kawalan Perintah Berkurung (PKP) di seluruh negara kecuali Sarawak atas peningkatan kes yang luar biasa.
Barisan frontliner sudah berusaha sebaik mungkin, Standart Operation Procedure (SOP) terus dilaksanakan, pemakaian penutup mula sudah diwajibkan. Apa boleh dikata, mungkin virus ini yang luar biasa.
Tapi ini bukan alasan untuk kita menyerah kalah pada virus ini kan? Kerana setiap sakit itu pasti ada penawarnya.
Paling penting, anda dan keluarga terus berjaga-jaga dan mengamalkan sop yang disarankan pihak Kementerian Kesihatan untuk kekal terhindar daripada virus ini. Antara yang boleh anda lakukan, pastikan anda menyimpan lima benda wajib ini di rumah selama pandemik ada.
1.Pencuci Tangan Anti-Bakteria/ Sanitizer
Ibu kena sentiasa menyarankan anak-anak kerap mencuci tangan kerana kita tidak mengetahui virus itu berada di mana.
Kalau boleh cuci bersama dengan sabun anti bakteria sekurang-kurangnya 20 saat sama ada selepas makan, bermain, keluar rumah atau sebagainya.
Buat yang berada di luar, kerapkan penggunaan sanitizer. Harga sanitize juga kini tidak semahal kita awal-awal covid-19 tercetus.
2. Pakai Penutup Mulut/ Mask
Di Malaysia, pemakaian mask adalah diwajibkan dan sesiapa yang tak mengikuti arahan tersebut bakal berdepan hukuman denda RM1,000 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisyam ada menyarankan supaya memakai mask yang disarankan WHO iaitu 3 ply surgical mask. Sekiranya ingin memakain jenis kain, pastikan ianya mempunyai 3 lapisan bahan sesuai untuk membedung virus.
3. Spray Antiseptik
Ini perlu digunakan untuk membersih permukaan rumah, remote tv, meja dan seumpamanya.
Sekiranya anda ibu ayah yang berkerja pastikan kerap menyembur antiseptik ini di kawasan meja kerja anda dan kereta anda sebelum anda pulang ke rumah. Ini untuk mengelakkan dari terkena virus yang kita tidak sedari.
4. Madu
Tak ramai yang menyimpan madu di rumah walhal madu mempunyai banyak manfaatnya.
Dalam madu, ianya mengandungi vitamin A, vitamin B kompleks, vitamin C, vitamin E, karotenoid, dan flavonoid.
Manfaat yang anda dapat kalau amalkan madu adalah melindungi tubuh dari penyakit dan meningkatkan imun badan kerana madu mempunyai antioksidan dan antibakteria.
5. Pemakanan dan Minuman untuk kekebalan tubuh
Asas untuk sihat adalah menjaga pemakanan kita. Untuk mnghindarkan diri dari penyakit atau virus banyakkan ambil makanan yang tinggi zat besi dan vitamin C.
Vitamin C kita oleh dapatkan pada buah-buahan, manakala zat besi dari sayur-sayuran.
Dengan ada sumber vitamin yang baik dalam badan kita, kita dapat memperkuatkan kekebalan diri daripada sebarang virus.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dan mari sama-sama kita doakan Covid-19 ini berkakhir segera.