IBU bapa mana tak panik kalau anak yang masih kecil tiba-tiba diserang demam panas. Lagi-lagi bila dah tengah malam. Gelisah jadinya bila dengar anak asyik menangis dengan wajah serba lesu seolah-olah menahan kesakitan.
Sebenarnya, ada cara yang boleh dilakukan di rumah untuk meredakan demam sebelum pergi berjumpa doktor.
Demam memang kebiasaanya terjadi kepada bayi. Bayi dianggap demam apabila suhunya mencecah 37.5 C atau lebih.
Demam bayi terjadi kerana dijangkiti virus dan bakteria, susulan suntikan imunisasi, terlalu lama berada di luar dengan cuaca panas, dan beberapa faktor lain.
Jangan risau, sebenarnya demam ini menunjukkan sistem imun tubuh bayi berfungsi dengan baik. Ini kerana, suhu badan yang tinggi adalah tindak balas tubuh untuk melawan virus atau bakteria.
Ini beberapa langkah yang boleh anda lakukan untuk redakan demam bayi si comel anda!
1. Letak Tuala Basah Pada Dahi
Letak atau tuam dahi anak anda menggunakan tuala basah. Pastikan menggunakan air yang suam supaya anak tak terkejut suhu itu.
Selain itu, lap juga di bahagian belipat paha anak dan belipat ketiak, kerana di situ suhu badan paling panas. Ulang lap bayi anda sekurang-kurang setiap 15 minit.
Anda juga boleh mandikan anak dengan kerap menggunakan air suam.
2. Berikan cairan yang cukup
Berikan susu badan atau formula kepada bayi dengan kerap supaya bayi anda tidak terhidrasi.
3. Pakaikan Pakaian Yang Selesa Dengan Suhu Yang Selesa
Jangan pakaikan anak dengan pakaian yang terlalu tebal sebaliknya pakai baju yang sesuai dan selesa.
Suhu rumah anda juga jangan terlalu sejuk supaya bayi anda tidak mengigil.
4. Guna Gel Aloe Vera
Gel Aloe Vera bagus untuk mengurangkan panas badan. Anda hanya perlu ambil gel pada daun Aloe Vera atau boleh juga gunakan gel tanpa kimia yang ada di pasaran.
Sapu gel itu di dahi, belakang badan dan belipat ketiak serta paha.
5. Mandian air lemon
Petua ini memang sering dikongsi para ibu di media sosial dan dikatakan mujarab. Petua ini sangat mudah kerana anda hanya perlukan rendam anak anda dalam air suam yang dihiris dan diperah lemon nipis.
Buah lemon sememangnya kaya dengan vitamin C, ianya dipercayai dapat turunkan suhu panas bayi.
Kalau bayi anda selsema, ianya juga mampu melegakan hidung tersumbat dan mencairkan kahak.
Bagaimanapun, anda perlu segera ke klinik kalau bayi anda berusia bawah 3 bulan kebawah, suhu melebihi 39 C, demam tak turun lebih 3 hari dan demam yang disertakan muntah-muntah.
Semoga tips ini bermanfaat dan boleh membantu anda mengurangkan demam bayi anda.