MASYARAKAT Melayu khususnya yang beragama Islam memang percaya bahawa terdapatnya jin atau makhluk halus yang suka mengganggu bayi.
Jin menyerupai sosok perempuan ini dikenali sebagai Ummu Sibyan dan suka mengganggu bayi kurang 2 tahun terutamanya bayi baru lahir ketika waktu senja (maghrib). Lagi pula kita selalu dengar, bayi atau budak kecil hijab mata mereka terbuka. Wallahualam…
Sebab itulah orang tua-tua ada pesan sebelum waktu senja kena masuk rumah. Kalau ada bayi pulak jangan balik malam-malam. Tingkap rumah atau pintu dah kena tutup sebelum waktu senja. Bayi pulak jangan ditinggal dalam bilik sorang-sorang. Haa, perasan tak?
Kalau diganggu jin Ummu Sibyan ini, bayi dikatakan akan menangis tanpa henti dengan mata terbeliak memandang kearah satu sudut tertentu. Ini kerana Ummu Sibyan ini memiliki wajah mengerikan dengan mata satu yang besar dan berjalan ke dinding seperti cicak.
Ummu Sibyan ini bukan je ganggu bayi, ibu-ibu yang sedang hamil pun merupakan sasarannya. Kalau dengar ibu mengandung tapi tiba-tiba kantung rahim kosong juga dikaitkan dengan jin ini. Huish memamg seram!
Tapi anda kena tahu, antara faktor lain selain diganggu jin, bayi juga boleh menangis disebabkan bayi lapar atau haus mahukan susu, masalah kembung perut dan sebagainya.
Namun anda boleh mengetahui sekiranya bayi menangis bukan faktor kesihatan atau lapar sekiranya bayi menunjukkan tanda-tanda seperti dibawah ini.
Tanda-Tanda Diganggu Ummu Sibyan
1. Matanya melilau melihat sekeliling
2. Menangis yang tiada air mata
3. Menangis seolah seperti dicubit (nada tangisan semakin tinggi)
4. Riak wajah bayi seperti dalam ketakutan
5. Tidur di selang seli dengan tangisan
6. Menangis pada waktu-waktu tertentu setiap hari (contoh bayi anda bila masuk sahaja waktu maghrib/ waktu malam mesti menangis dan perkara ini berlaku setiap hari.
Apa Yang Patut Lakukan?
1. Bertenang dan bersabar.
2. Jangan panik dan jangan marah-marah ahli keluarga termasuk bayi anda.
2. Baca Ayat Qursi 3x dan tiup dari ubun-ubun bayi sampai kakinya
3. Baca ayat 9 dari surah yasin 1x:
وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُون
“Dan kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat Melihat”
-QS. Yasin (36):9-
Berhenti pada kalimah sadda(سَدًّ)dan doa dalam hati agar bayi anda terhijab daripada melihat jin dan bayi anda dilindungi supaya tidak boleh disentuh oleh jin. Sambung bacaan ayat dan behenti sekali lagi pada kalimah sadda(سَدًّ) untuk berdoa seperti yang sama. Kemudian habiskan bacaan dan tiup pada ubun-ubun bayi.
Insyallah sekiranya dijadikan amalan, jin itu tidak akan mengganggu bayi anda lagi.
Kredit: FB Info Ibu Berpantang