Fikiran stereotipikal tentang anak tengah
Kanak-kanak tengah selalu dianggap kurang bercita-cita, bermasalah dan selalu dipinggirkan. Dalam erti kata yang lebih mudah, mereka selalu dianggap menghadapi “sindrom anak tengah.” Kajian yang dijalankan Universiti Stanford menunjukkan anak-anak tengah selalu dikaitkan dengan masalah disiplin, tak berketerampilan dan kurang berkomunikasi. Berbeza berbanding adik-beradik yang lain.
Tapi betul ke semua tu?
Sebenarnya tidak. Anak-anak tengah adalah dalam kalangan individu yang pandai bersosial dan boleh bekerjasama dengan baik. Jika anak-anak tengah selalu dikatakan berfikiran negatif mengapa mereka lazimnya dipercayai dalam sesuatu perhubungan dan persahabatan? Tahu tak, 52% pemimpin yang ada di dunia ini terdiri daripada anak-anak tengah. Bahkan kajian Valerie M. Hudson bertajuk Linking Birth Order to Political Leadership: The Impact of Parents or Sibling Interaction? Mendapati psikologi anak kedua (tengah) telah memberi kesan kepada kualiti kepimpinan yang boleh dicontohkan dengan Martin Luther Jing Jr, Abraham Lincoln dan pemimpin lain di seluruh dunia. Setiap visionary ini adalah anak tengah!
Biarpun anak tengah lazimnya tidak mendapat perhatian penuh daripada ibu bapa, mereka akhirnya mendapat kelebihan yang tidak dimiliki adik beradik yang lain. Anak-anaak tengah lazimnya berdikari, berfikir di luar kotak, tidak terbeban biarpun pada saat berhadapan dengan cabaran sukar dan paling penting mempunyai nilai empati yang tinggi. Perkara ini yang memberikan nilai tambah dalam diri mereka yang bagus sebab mereka terdiri dalam kalangan individu yang dapat beri kerjasama bagus dalam pasukan.
Anak tengah juga lebih bermotivasi dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Bukan seperti tanggapan orang ramai. Orang selalu cakap anak pertama lebih bermotivasi dan bercita-cita tetapi tidak anak tengah. Apabila bercakap tentang anak tengah, mereka lebih tertarik kepada prinsip dan konsep. Contohnya adalah konsep keadilan berbanding memiliki prestij dan kekuasaan.
Betul anak tengah lazimnya akan banyak terbabit dengan perjuangan sosial dan membantu orang ramai sebagaimana Lech Walesa, seorang pejuang pembebasan Polish atau Susan B. Anthony yang memperjuangkan had mengundi bagi para wanita di Amerika Syarikat. Bahkan apabila mereka masuk dalam lapangan ekonomi dan bisnes, mereka boleh menjadi pemimpin yang baik seperti Bill Gates.
Apa Lagi Keistimewaan Anak Tengah?
Anak kedua turut terkenal sebagai seorang ahli diplomasi. Seperti Anwar Sadat dan Michael Gerstner (CEO Nabisco). Anak kedua lazimnya akan menjadi pendengar yang baik dan memanipulasikan keadaan yang berlaku di sekeliling mereka dengan baik. Mereka akan mendengar dan mempertimbangkan sudut pandang orang sekeliling mereka jadi mereka tahu apa yang lawan atau kawan mereka fikirkan. Jadi, mereka terkenal sebagai individu yang berkompromi tetapi boleh mengutarakan cadangan dan hujah yang tidak dapat disangkal. Mereka jelasnya penyabar, Semuanya bermula ketika kecil apabila anak kedua lazimnya disuruh mengalah.
Satu kajian mendapati 85% anak-anak tengah lazimnya terbuka untuk melakukan idea-idea baharu berbanding Cuma 50% sahaja anak sulung yang berani melakukan perkara baharu. Contohnya adalah individu seperti Charels Darwin dan William Dell. Mereka dapat meneroka teori-teori yang tidak berani dinyatakan atau difikirkan orang lain. Semuanya antara lain disebabkan pengaruh kelahiran mereka sebagai anak tengah dalam anggota keluarga.
Anak tengah juga dikenali sebagai penegak keadilan. Sebagaimana dilihat pada susuk Nelson Mandela dan Susan B. Anthony. Mereka fokus kepada keadilan, konsep ketidakadilan dalam keluarga dan masyarakat yang dihadapi mereka sewaktu kecil telah mendewasakan pemikiran mereka. Ini termasuklah situasi lahir sebagai anak kedua yang lazim tidak diberikan perhatian. Mereka bangkit untuk menyatakan aku ada dan dapat beri sumbangan kepada keluarga dan masyarakat!
- Walaupun anda tidak memiliki sepenuh perhatian sewaktu membesar, ia tidak mempengaruhi siapa anda pada masa hadapan..
- Anda perlu belajar untuk melangkah dan menyatakan tidak apabila seseorang cuba mengambil kesempatan di atas nilai empati diri yang tinggi.
- Anda akan menjadi individu paling beruntung apabila dapat berusaha bersungguh, berdikari dan kira setiap perancangan hidup dengan teliti.
- Anda seorang yang berada di tengah. Maksudnya bersederhana dan tidak berpihak. Sekali-sekala kita kena ambil risiko!