RATA-rata wanita mesti pernah beli dan memakai produk pembersih kewanitaan khas untuk Miss V.
Ini kerana ramai percaya produk khas untuk Miss V ini memberi manfaat kepada alat sulit wanita dan mampu menghilangkan bau kurang menyenangkan.
Jadi tak hairanlah, di pasaran terlalu banyak sabun pembersih wanita ini dijual termasuklah spray wangian khas untuk kawasan sulit itu. Antara yang menjualnya pun, adalah artis popular Malaysia sendiri.
Antara strategi marketing mereka adalah menggunakan ayat-ayat seperti ‘suami puji bau Miss V saya’, ‘suami mahu lagi’ dan pelbagai ayat berunsur seksual. Jadi lagi mudahlah wanita-wanita percaya dan terpengaruh ingin mengunakannya.
Padahal, Miss V tidak memerlukan sebarang pencuci pun kerana kawasan itu boleh membersihkan kotoran sendiri tanpa menggunakan apa-apa produk.
Ini kerana Miss V mempunyai rembesan tersendiri yang membantu mengekalkan PH pada kadar yang sesuai.
Penggunaan produk kimia dan wanigan pada kawasan yang sensitif boleh menyebabkan masalah kesihatan lain pula yang timbul.
Memetik hellodoktor, wanita perlu tahu bahawa sekiranya Miss V berbau, itu adalah perkara normal. Namun, wanita tetap perlu menjaga kawasan kewanitaan dan kebersihan diri.
Kawasan Perlu Dibersihkan
Sebelum menitik-beratkan kawasan kewanitaan, terlebih dahulu anda kena mengetahui perbezaan antara vulva dan vagina.
Vulva ialah kawasan kemaluan wanita yang terletak di luar tetapi berdekatan bukaan vagina. Manakala vagina, kawasan dalam kemaluan dan tidak boleh disentuh.
Jadi anda hanya boleh membersihkan bahagian vulva sahaja.
Jika ingin memcucinya, pastikan elakkan diri menggunakan sabun berbau wangi atau mempunyai fungsi antibakteria. Ini kerana boleh mengganggu kestabilan PH Miss V yang mempunyai bakteria baik dan jahat.
Cara Jaga Miss V
- Basuh Miss V guna air suam sekiranya terasa gatal dan lap dengan tuala yang kering.
- Elakkan menyentuh vagina dan jangan sesekali lakukan meruang. Ini kerana vagina boleh membersih sendiri dan meruang mempunyai risiko yang lebih banyak dari kebaikan.
- Pakai seluar dalam daripada material kapas jika anda mudah gatal pada kawasan intim itu.
- Jika datang haid, ambil sedikit masa membersihkan kawasan vulva.
- Jangan sembur wangian, lap pakai tisu basah atau letak sebarang essential oils.
- Jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup yang sihat.
- Ambil makanan seperti yogurt atau yang mempunyai kultur hidup kerana mengandungi bakteri baik yang mampu meningkatkan kesihatan Miss V dan mengurangkan keputihan berlaku.
Kredit: Hello doktor