“Ya Allah, anak aku ini dah kenapa asyik menangis sahaja.. serba serbi tak kena. Satu kerja pun tak boleh buat… anak aku lain tak macam ini pun!”
Kalau pernah situasi ini berhadapan kepada anda mungkin anak anda tergolong dalam kategori ‘high need baby’ atau ‘high demand baby’ atau erti kata lain anak anda lebih cerewet berbanding bayi-bayi lain.
Tak ramai ibu yang mengetahui bahawa anak mereka adalah high need baby dan merasa sangat tertekan dalam menjaga bayi mereka. Ini kerana memiliki anak high need baby memerlukan kesabaran yang tinggi, bantuan suami dan ilmu keibubapaan dalam menjaga bayi tersebut.
Tiada punca atau sebab pun bayi itu menjadi high need baby, sebab dah memang menjadi lumrah setiap bayi dilahirkan dengan personaliti yang berbeza-beza. Ada setengah bayi jarang menangis dan senang dijaga. Ada pula bayi yang tak henti-henti menangis kecuali waktu tidur
Kita paling risau, kalau bekerja dan nak hantar anak kepada pengasuh. Sebagai ibu, pastinya kita tidak mahu meyusahkan orang lain kalau anak kerap sangat menangis. Sebab itulah ramai kes ibu-ibu berhenti kerja kerana anak ‘high need baby’.
Namun tiada apapun perlu dirisaukan, selepas beberapa fasa tempoh bayi tersebut membesar, masalah seperti kerap menangis ini pun akan berkurang dengan sendirinya.
Jom kenali tanda ‘High Need Baby’:
1. Bayi Kerap Menangis Tanpa Sebab
Dengar bayi menangis memang perkara biasa kerana itu adalah tanda mereka memanggil kita untuk berkomunikasi seperti lapar, mahu didukung, tak selesa sebagainya.
Namun bezanya ‘high need baby’ ini kerap menangis sepanjang masa dan sangat sukar ditenangkan hinggakan ibu tidak tahu berbuat apa untuk menyelesaikannya.
Tangisan bayi jenis ini juga boleh mencapai 1-2 jam lamanya dan sangat kuat hingga boleh menyebabkan orang sekeliling pening kepala.
2. Asyik Nak Menyusu
Bayi jenis ‘high need baby’ menyusu agak lama berbanding bayi biasa seperti 30 minit dalam satu masa dan sangat kerap dalam satu hari. Situasi ini membuatkan ibu menyusu merasa penat dan lonyai. Ini disebabkan bayi jenis ini menganggap puting ibunya sebagai comforting tool. Bayi jenis ini lebih suka berada di pangkuan atau mendengar jantung ibunya.
3. Kurang tidur
Situasi paling ketara anda boleh lihat adalah waktu tidur bayi. Sebab bayi normal kebiasaanya akan tidur berjam-jam lamanya atau erti kata lain mudah tidur.
‘High need baby’ pula hanya tidur 30 minit atau kurang sejam. Mudah sangat terbangun dan proses nak tidurkannya lebih lama daripada bayi itu tidur. Memang menguji kesabaran betul taw! Inilah punca-punca mak bermata panda.
4. Nak Ibu Sepanjang masa
Bayi jenis ini kebiasaannya mahukan ibunya sahaja. Bila diserahkan kepada ayahnya pun akan menangis. 24 jam lah ibu terpaksa berkepit dengan anak.
Serba serbi tak kena hinggakan nak masak, pergi tandas mandi semua dalam keadaan tergesa-gesa disebabkan bayi melalak sahaja.
5. Memilih Makanan
Selain kerap menangis, bayi ini juga picky eater taw. Kalau hari ini suka makanan yang kita beri, esok lusa belum tentu suka benda sama. Jadinya ibu-ibu terpaksa try and error dalam menu masakan.
Kalau tak kena, bayi anda akan langsung tidak akan makan makanan yang anda sediakan.
6. Nak didukung selalu
Bayi jenis ini mahu didukung sahaja sepanjang masa. Tak pun ditolak dalam stroller. Bayi jenis ini tak suka duduk diam di suatu tempat sebagai contoh duduk di kerusi bayi kedai makan. Pasti memberontak dan mahu berada didakapan ibunya.
Sekiranya bayi anda ada tanda-tanda bayi ‘high need baby’ dapatkan bantuan suami dalam menjaga anak anda. Banyakkan juga bacaan untuk kategori bayi ini. Menurut perkongsian pengalaman ibu-ibu lain, untuk memudahkah kerja seharian ibu, anda cuba dapatkan bantuan yang memudahkan tidurkan anak seperti buaian elektrik, pakaikan bedung anak yang selesa dan berikan puting untuk beberapa tempoh masa sahaja.
Semoga bermanfaat.
Kredit: Sirap Limau