TIADA mana-mana ibu pun, sanggup melihat anaknya berada dalam kesakitan.
Begitu jualah ibu tiga anak ini. Dek kerana kepayahan hidup dan suami tidak berkerja kerana pandemik Covid-19, seorang suri rumah dilaporkan terpaksa mencuri di sebuah pasaraya.
Namun apa yang dicurinya menyentuh hati ramai, kerana wanita ini mencuri cool fever untuk anaknya yang demam dan sedikit makanan iaitu sosej dan kek.
Dia kemudian ditahan oleh anggota sekuriti dan tidak mampu membayar barang-barang tersebut.
Atas dasar belas ihsan, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat baru-baru ini telah pergi ke rumah ibu tersebut menyumbangkan barangan makanan dan barangan harian kepada ibu tersebut.
Dalam gambar-gambar tersebut, kelihatan Ketua Polis Petaling Jaya Nik Ezanee turut membeli Cool Fever dan beberapa barang yang diperlukan buat wanita tersebut.
Menerusi Video itu, Nik Ezanee ada menyatakan, dalam PKP ramai yang terkesan.. tak kiralah barisan hadapan, orang awam dan semua lapisan masyarakat.
Untuk yang bertanya, suami wanita ini tak bekerja kesan pndemik Covid-19. Terdesak untuk dapatkan kool fever kerana salah seorang dari tiga anaknya demam. Hypermart buat report mengenai kejadian itu namun kes di NFA. pic.twitter.com/KJpVALrN31
— Hafidzul 📸 (@hafidzul_hilmi) January 21, 2021
Alhamdulilah, atas keperihatinan pihak berkuasa wanita itu bagaimanapun tidak dikenakan sebarang tindakan sebaliknya dibantu.
Kisah wanita ini turut menjadi tular di laman sosial. Namun gambarnya bersama anak-anak telah dikaburkan.