PERNAH tak dengar, bila kita tanya kawan yang sarat hamil tentang jantina kandungan, mereka jawab ‘bayi menyorok, tak nampak’.
Jadi bila mengandung, kita sendiri rasa was-was nak buat scan takut hal sama jadi kat diri sendiri. Yela, nak buat scan imbasan ultrasound bukan murah-murah harganya.
Sebenarnya ada banyak faktor-faktor imbasan ultrasound yang kita terima itu tidak jelas. Sama ada, kandungan kita itu masih kecil, jenis ultrasound yang digunakan atau posisi bayi itu sendiri.
Sebelum pergi membuat imbasan, pastikan ibu-ibu tahu imbasan ultrasound untuk mengetahui jantina ini hanya boleh dilakukan antara 20 hingga 30 minggu.
Sekiranya sudah 30 minggu, rahim sudah terlalu penuh hingga menyukarkan penglihatan jantina bayi.
Untuk zaman moden sekarang, kebanyakkan klinik atau hospital terutama swasta sudah menyediakan mesin ultrasound 2D, 3D, 4D yang terbaik. Anda boleh pilih ikut bajet yang sesuai.
Namun tiada gunannya juga ambil pakej imbasan mahal-mahal, kalau tidak mengetahui panduan yang betul sebelum buat imbasan ultrasound.
Panduan Sebelum Buat Imbasan Ultrasound
- Banyakkan minum air kosong.
- Ambil makanan atau minuman manis 1-2 jam sebelum temujanji.
- Fahami tabiat waktu tidur bayi anda.
- Pakai pakaian yang longgar dan elakkan memakai jubah atau dress seumpamanya.
- Usia kandungan perlu sesuai dengan pakej imbasan ultrasound yang diambil.
Selain daripada panduan ini, ibu dan ayah juga boleh bercakap-cakap dengan kandungan dengan memujuknya untuk bergerak. Mana tahu , si kecil anda mendengarnya.
Panduan ini bukan sahaja bagus mengetahui jantina kandungan semata-mata, tetapi dalam masa sama memberikan imbasan wajah janin anda dengan lebih jelas.