PEMINAT yang mengikuti perkembangan pengacara dan penyanyi, Dayah Bakar menerusi media sosial pasti mengetahui pengorbanan yang dialami bintang terkenal itu sebagai isteri kepada seorang tentera.
Dayah terpaksa berjauhan untuk beberapa tahun ekoran suaminya iaitu Kapten Muhammad Hanif Hamidi sedang berkhidmat buat negara di negara Austaralia.
Namun tanpa diduga, seminggu selepas suaminya berangkat meninggalkan tanah air, Dayah dikhabarkan dengan berita gembira hamil anak pertama.
Dayah ada memuat naik video di Youtube, reaksi speechless Hanif ketika memaklumkan kehamilannya itu menerusi video call. Video itu ternyata meruntun hiba ramai peminat yang menontonnya.
Ekoran pandemik Covid-19 yang berlaku, Dayah juga terpaksa mengharungi pengalaman sembilan bulan mengandung dan bersalin tanpa suami disisi kerana Hanif tidak dapat pulang disebabkan peraturan yang ketat di Australia.

Setelah anaknya berusia 5 bulan, Dayah mengambil keputusan bercuti sementara buat 2021 daripada rancangan yang dikendalinya ‘Borak Kopitiam’ di TV3 demi mempertemukan anaknya Achbar Muhammad Fahri dengan suami tercinta.
Selepas 14 hari tempoh kuarantin, akhirnya Dayah dan anaknya selamat bertemu Hanif di negara kanggaru itu.
Gambar pertemuan itu dikongsi oleh Instagram peminat dayah, Dayahlova, semalam. Gambar keluarga ini ternyata mendapat perhatian ramai.
Wajah keluarga ini ternyata tampak gembira dan seolah-olah terlepas beban suatu rindu. Dalam gambar itu, si comel Achbar juga tersenyum mesra seolah-olah mengetahui itu bapanya.
Peminat ternyata sebak melihat gambar-gambar pertemuan anak dan bapa buat pertama kali ini.
Buat wanita yang sedang berjauhan dengan suami, semoga anda juga kuat seperti Dayah!