Setiap kanak-kanak memang dilahirkan dengan comel. Namun apabila mereka membesar, kita akan terdiam apabila tengok barisan gigi anak-anak yang rosak. Peranan kita penting untuk pastikan gigi dan gusi anak kita sihat. Terutamanya pada peringkat bayi.
Walaupun orang selalu cakap gigi susu saja pun, buat apa nak jaga rapi? Tapi kita jangan lupa kesihatan gusi bayi juga penting untuk menjamin kesihatan mereka. Jom kita kongsikan cara untuk pastikan bayi anda mendapat penjagaan oral terbaik!
#1: Membersihkan Mulut Bayi Sebelum Gosok Gigi
Kita kena ingat yang penjagaan gusi bayi adalah penting. Caranya adalah dengan mengelap gusi bayi setiapn kali makan dengan kaip lap hangat atau kain lembap yang dibalut dengan jari anda. Kita juga boleh membeli alatan getah lembut yang menggantikan fungsi jari telunjuk kita untuk menggosok makanan yang berlebihan.
#2: Penjagaan Gigi Setelah Gigi Tumbuh
Ibu bapa mesti menjaga gigi susu sebagaimana mereka menjaga gigi yang tetap. Ini kerana gigi pertama akan mengekalkan jarak untuk yang kekal dan membantu bayi ketika proses mengunyah dan bercakap nanti.
Kalau gigi bayi tak dijaga dengan betul, ia boleh mereput dan membawa kepada jangkita gusi iaitu masalah gingivitis, iaitu yang menjejaskan jarak gigi kekal anak anda.
#3: Melihat Rongga Antara Gigi Bayi

Tanda pertama yang ada pada gigi bayi adalah perubahan warna dan ruangan kecil. Sebab itu tidak digalakkan langsung membiarkan anak tidur dengan botol susu atau dengan puting susu untuk jangka masa yang lama kerana akan menyebabkan rongga antara gigi yang lebih luas, bahkan anak kita juga tidak suka untuk makan dan hanya menggunakan botol susu untuk keselesaan.
#4: Memperkenalkan Berus Gigi
Sesetengah ibu bapa hanya memilih untuk mencuci gigi bayi dengan hanya minum air selepas makan. Tetapi pada peringkat awal pertumbuhan gigi, adalah lebih baik kalau ibu bapa dapat membiasakan anak-anak dengan berus gigi sebagai alat untuk mencuci mulut si manja.
Kita mungkin tak perlu membersihkan gigi bayi sehingga dia makan makanan di meja dan tumbuh gigi yang lebih banyak iaitu sekitar usia bayi mencapai 18 bulan, tetapi kita tetap perlu membersihkan gigi anak-anak dengan memberus gigi atau menggosok gigi bayi sehingga bersih.
Anda juga boleh menggunakan sedikit soda bikarbonat kalau anak anda makan makanan yang melekit dan manis.
#5: Memperkenalkan ubat gigi nonflorida
Ketika bayi sudah mencapai usia dua tahun, kita boleh memperkenalkan ubat gigi nonflorida. Apabila bayi sudah mencapai usia 3 tahu dan tidak cenderung untuk menelan ubat gigi, barulah diperkenalkan ubat gigi jenis florida.
Walaupun bayi tidak menggunakan ubat gigi berflorida, tetapi pengambilan florida adalah penting untuk mencegah kerosakan gigi.
Persatuan pergigian Amerika juga menyarankan ibu bapa membuat ujian gigi pertama anak-anak pada usia 1 tahun tetapi berbeza pula dengan pandangan kebanyakan ahli pediatrik yang menyatakan bahawa lawatan pertama anak-anak boleh ditunggu sehingga anak berusia 3 tahun.
Sekiranya anda berasa bimbang tentang kesihatan gigi anak, boleh rujuk kepada doktor dan pakar kesihatan profesional yang dapat memberikan saranan dan pendapat berkaitan kesihatan oral anak anda.