Cara Pendidikan disampaikan telah banyak berubah. Cara aktiviti pendidikan bentuk lama seperti pengajaran dalam kelas masih tetap wujud, tetapi Covid-19 telah menyaksikan peranan langsung pendidikan dari rumah telah digunapakai secara meluas di seluruh dunia. Perubahan teknologi dalam dekad kebelakangan ini telah memperlihatkan fokus pendidikan beralih kepada penyampaian melalui peranti mudah alih. Capaian internet yang lebih baik dan lebih murah juga menjadi sebab pembikin-pembikin aplikasi digital berlumba-lumba menghasilkan bahan pendidikan yang memberi manfaat kepada kanak-kanak.
Apa Yang Menjadikan Aplikasi-Aplikasi Kanak-Kanak Ini Istimewa?
Kebanyakan aplikasi kanak-kanak dihasilkan untuk memberi keseronokan dan nilai pendidikan kepada kanak-kanak. Di sini kami dapat senaraikan beberapa aplikasi pendidikan yang sesuai untuk anak anda gunakan.
1. EPIC!
Aplikasi ini menyediakan kategori bahan bacan yang bersesuaian untuk pembacaan anak-anak mengikut usia mereka. Kalau anak anda masih di bangku tadika, aplikasi ini akan senaraikan bahan bacaan yang sesuai dengan minat dan kebolehan pembacaan kanak-kanak di usia tersebut.
Ibu bapa atau guru-guru boleh merekod jumlah buku yang dibaca oleh anak-anak dan melihat minat anak korang. Aplikasi ini juga turut menyenaraikan buku-buku berkualiti yang menerima anugerah dan video-video pendidikan awal kanak-kanak.
Buku-buku E-Publication yang terkandung dalamnya juga banyak dan boleh dimuat turun untuk bacaan secara offline. Aplikasi ini turut memuatkan aktiviti kuiz dan video-video DIY yang menyeronokkan untuk anak anda lakukan sendiri di rumah. Bagi para ibu bapa atau guru yang menggunakan aplikasi ini, ibu bapa atau orang dewasa perlu menggunakan email institusi dengan langganan bulan pertama adalah percuma.
Bulan Pertama – PERCUMA
Langganan Bulanan- RM32.52 Sen/ 7.99 Dolar USD
2. Kids Doodle – Color & Draw Free Game
Kids Doodle adalah aplikasi mudah dan tanpa gangguan iklan yang mengganggu elemen keseronokan melukis.
Elemen-elemen lukisan yang wujud adalah seperti berus, pemadam dan palette warna.
Korang juga boleh record screen semasa aplikasi ini digunakan untuk rakam macam mana lukisan anak-anak dihasilkan.
Kids Doodle adalah aplikasi yang memudahkan kanak-kanak dengan papan muka aplikasi yang mudah. Korang boleh gunakan template lukisan sedia ada atau ambil foto-foto dalam galeri gambar untuk hasilkan doodle ikut kreativiti masing-masing.
Aplikasi ini juga membenarkan penggunanya untuk simpan gambar-gambar dan berkongsi kepada rakan-rakan atau ahli keluarga. Memang wajar untuk dimuatturun!
PERCUMA
3. Dualingo
Aplikasi percuma untuk mempelajari bahasa-bahasa asing dengan mempelajari asas-asas kata dalam sesuatu bahasa dan meningkat mengikut tahapan tertentu. Bagi versi percuma, korang boleh belajar 11 bahasa untuk baharu Kalau anda atau anak-anak menjawab soalan dengan salah, mummy dan daddy boleh lihat semula melalui forum untuk tahu kenapa jawapan kita salah.
Anak-anak juga boleh mempelajari bahasa asing melalui gambar, poin tatabahasa juga diterangkan satu persatu secara mudah. Ada juga latihan pendengaran di mana kita kena menaip apa yang kita dengar dan latihan percakapan apabila kita kena sebut apa yang ditulis oleh aplikasi tersebut.
PERCUMA
4. Play & Learn Science
PBS sememangnya popular dengan isi kandungan pendidikan. Play & Learn Science adalah satu lagi aplikasi berguna untuk kanak-kanak dan mudah untuk digunakan. Ia mengajar prinsip-prinsip asas saintifik. Sewaktu bermain, kanak-kanak akan belajar mengenai hukum sebab dan akibat. Macam mana kejadian bayang-bayang, bagaimana cuaca memberi kesan kepada alam semula jadi juga tentang ketumpatan. Aplikasi ini percuma dan sangat digalakkan untuk kanak-kanak di bawah usia 8 tahun dengan bimbingan ibu bapa memberi penjelasan tentang sesuatu perkara!
PERCUMA
5. Elmo Loves 12&3
Para ibu bapa hari ini mesti memiliki nostalgia dengan siri Sasame’s Street yang pernah popular satu ketika dahulu. Aplikasi Elmo Loves 12&3 sememangnya antara aplikasi didik hibur yang mengajar anak-anak mengenali nombor 1-20. Kanak-kanak boleh meniru nombor yang diberikan sebelum boleh melihat video klip yang berkaitan tentang nombor yang baru diajarkan. Setiap nombor akan memuatkan tiga video berbeza dan tiga aktiviti menarik berkaitan nombor tersebut. Contohnya permainan puzzle, di mana nombor itu dan aktiviti mengira dan mengisi baldi. Bahkan ada juga bahagian mewarna yang pastinya memberi keseronokan kepada anak-anak. Kalau mummy dan daddy nak aplikasi lengkap, boleh membelinya di play store. Sangat berbaloi!
Lite Version – PERCUMA
Unlock Full Version of Elmo Loves 12a3 – RM 20.99