RAMAI suami yang menyangkakan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri sahaja sudah cukup untuk mengekalkan kebahagian rumah tanpa. Sebenarnya silap!
Wanita dilahirkan dengan hati yang lembut ingin dibelai dengan kasih sayang dan romantis.
Kadangkala, cuba check balik kenapa isteri perangainya tidak seperti awal pada zaman percintaan yang dahulunya manja, lemah lembut dan menarik.
Salah satu puncanya, suami gagal menzahirkan elemen romantis dalam rumah tangga.
Jangan tak tahu, Rasulullah SAW sendiri merupakan suami yang romantis kepada isterinya. Walaupun beliau adalah panglima perang dan pemimpin tertinggi Islam, namun apabila bersama isterinya, Rasulullah menjadi lelaki yang sangat pengasih.
Ikuti cara romantis Rasulullah ini dalam membahagiakan isterinya, yang boleh anda teladani.
1. Beri Hadiah
Rasanya tidak salah suami menyimpan sedikit wang untuk membelanjakan isteri hadiah. Tidak perlu terlalu mahal namun yang penting anda ikhlas.
Lagi-lagi pada hari jadi atau ulang tahun perkahwinan anda. Pasti tersenyum lebar sang isteri punya.
Nabi SAW bersabda “Hendaklah kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu akan saling bercinta”
(H.R Bukhari)
2. Mandi Bersama Isteri
Suami isteri kadang-kala perlu mengambil kesempatan mandi bersama. Ini merupakan sunnah Rasulullah yang dapat mengeratkan kasih sayang bersama isteri.
“Daripada Aisyah R.A berkata : Aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. Tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)”
(H.R Al-Bukhari )
4. Mencium Isteri
Isteri mana yang tak gembira kalau suami rajin mencium dirinya. Ini kerana ciuman merupakan tanda anda kasih kepada seseorang.
Daripada Hafsah, puteri Umar r.a: “ Sesungguhnya Rasulullah SAW biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa..”
(H.R: Ahmad)
4. Tenangkan Isteri Cara Mesra
Wanita kita dah tahu, emosinya ada masa memang tak stabil.
Namun, Rasulullah SAW mempunyai cara tersendiri bagi menenangkan hati amarah isterinya.
Daripada Aisyah r.a.: “Ketika Aisyah marah, Rasulullah mencuit hidungnya dan berkata ‘wahai Uwaisy (panggilan kecil Aisyah) katakanlah, Ya Allah, tuhan Muhammad, ampunilah dosaku, hilangkanlah amarah dalam hatiku, dan selamatkan aku dari fitnah yang menyesatkan.”
(H.R Ibn Sunni)
Romantis kan Rasulullah? Buat para suami bolehlah teladani cara Rasulullah ini.