MENGALAMI keguguran merupakan perkara yang menyedihkan buat pasangan suami isteri dan tiada siapa mahukan ianya berlaku. Namun kita sedar tiada mana-mana langkah spesifik untuk mencecah keguguran daripada berlaku. Apa yang boleh ibu lakukan adalah menjaga kesihatan ibu agar tetap sihat.
Kebiasaanya keguguran berlaku kurang daripada usia kandungan 20 minggu atas pelbagai faktor. Memetik My Health Malaysia, lebih 80 peratus keguguran berlaku sebelum minggu ke-13.
Antara tanda-tanda keguguran yang sering berlaku adalah keluarnya darah daripada vagina, tiada gerakan janin, demam, rasa nyeri atau kram di perut dan punggung bagian bawah.
Untuk mengesahkan sekiranya keguguran itu berlaku, si ibu perlulah segera ke klinik dan membuat imbasan ultrasound. Ultrasound juga penting dalam mengenalpasti lokasi kandungan itu.
Tak ramai ibu mengetahui, makanan juga boleh menjadi punca keguguran. Bagaimanapun tanda keguguran kerana makanan sedikit berbeza di mana si ibu mengalami gejala muntah yang teruk, pening kepala, demam, dehidrasi, gangguan pencernaan dan berlaku pendarahan.
Difahamkan, risiko keguguran itu meningkat sekiranya ibu sudah pun berusia atau pernah mengalami keguguran sebelum ini. Bagaimanpun, dikurniakan cahaya mata bukanlah suatu yang mustahil kerana anak itu adalah rezeki daripada Tuhan.
Jom kita kenali punca-punca keguguran yang selalu dialami wanita.
1. Kelainan kromosom
Kebanyakkan kes keguguran berlaku pada trimester pertama adalah disebabkan kecatatan kromosom.
Kromosan adalah unit asas DNA yang menentukan warna mata, warna kulit dan ciri anak.
Kromosom tidak dapat bertahan lama dalam janin sekiranya sudah rosak atau mengalami kecacatan.
Selain itu, kelainan kromosom juga merupakan punca anak boleh mengalami down syndrome, turner’s syndrome serta masalah kesihatan lain.
Menurut kajian, salah satu punca kromosom rosak adalah disebabkan si bapa merokok. Antara langkah yang boleh dilakukan elakkan merokok dan suami kena amalkan suplimen folic acid.
2. Keadaan kesihatan ibu
Kesihatan ibu memain peranan penting semasa hamil. Ibu yang mempunyai penyakit seperti diabetes, masalah kelamin, tekanan darah tinggi, masalah tiroid dan penyakit lupus mempunyai risiko untuk keguguran.
Terdapat juga kes masalah pembekuan darah yang menyebabkan pembuluh buluh gagal mengalirkan darah ke plasenta lalu menyebabkan keguguran.
Ibu juga perlu mengelakkan diri daripada membersihkan najis kucing kerana mengandungi bakteri yang berbahaya buat ibu dan janin.
Disebabkan itu, ibu perlu menjaga kesihatan diri sebaiknya semasa hamil.
3. Gaya hidup
Gaya hidup ibu memainkan peranan yang penting. Semasa hamil, ibu perlu elakkan tabiat meminum alkohol dan merokok.
Ibu juga dinasihatkan tidak mengguna barang-barang kimia yang berbahaya sama ada untuk kecantikan atau ubat yang dilarang. Pilih barang semula jadi adalah lebih baik.
4. Keracunan makanan.
Ibu perlu berhati-hati memilih makanan. Sama ada makanan itu sudah tidak elok atau mempunyai bakterianya.
Paling penting, ibu hamil tidak dibenarkan makan makanan tidak masak sepenuhnya kerana mengandungi bakteria seperti salmonella dan toksoplasma. Kebiasaannya bakteri ini ada pada daging mentah, telur.
Makanan seperti sushi juga harus dielakkan sekiranya ianya tidak dimasak sepenuhnya.
Jadi ibu pastikan berjaga-jaga sepanjang kehamilan dan berfikir yang baik-baik. Semoga proses bersalinan anda dipermudahkan.