TIADA perkahwinan dalam dunia ini sepanjang masa sempurna. Adakalanya, pasti diuji dengan hal-hal tertentu yang boleh mencetuskan pergaduhan dalam rumah tangga.
Kadang-kadang pergaduhan yang kecil itu bertukar menjadi besar hingga berhari-hari tidak mahu bercakap bersama pasangan.
Sama ada isteri atau suami, masing-masing mempunyai ego dan kesilapannya sendiri hingga tidak mahu beralah.
Akhirnya jalan penyelesaian yang mereka pilih, adalah berpisah!
Walhal, sekiranya masing-masing berkomunikasi dengan baik dan berbincang, pergaduhan itu pasti dapat dielakkan.
Ini 3 masalah boleh menyebabkan suami isteri gaduh besar.
1. Masalah Kewangan
Duit merupakan isu yang agak sensitif. Tidak semua suami isteri boleh berkomunikasi dengan baik tentang kewangan.
Ada suami merasa malu untuk berbincang dengan isteri sekiranya mereka berhadapan masalah kewangan. Lantas membuatkan sang isteri memendam rasa apabila suami tidak mampu menyediakan keperluan secukupnya.
Sekiranya suami menyatakan terbuka menyatakan masalah yang dihadapi pasti sang isteri memahami dan sama-sama mahu menolong suami.
2. Suka Mengungkit
Dalam perkahwinan jangan sesekali suka mengungkit terhadap pasangan. Sama ada keburukan mereka atau peristiwa hitam mereka.
Perkara ini sedikit sebanyak boleh menguriskan hati pasangan hingga menjadi luka yang tidak boleh dirawat.
Seteruk mana pun masalah yang dihadapi dalam perkahwinan, cuba untuk mengawal emosi anda tanpa mengungkit keburukan mereka.
3. Jaga Penampilan
Dengar macam tidak penting dalam rumah tangga tetapi perkata inilah perlu dititik berat. Semua manusia sukakan kekemasan dan keterampilan yang bersih.
Apabila pasangan kita menjaga penampilan, kita secara automatik berasa suka dan senang melihatnya.
Malah, apabila pasangan menjaga penampilan, sebagai suami atau isteri timbul perasaan bangga untuk memperkenalkan mereka pada kenalan dan sahabat.
Jadi, jangan pula kedekut untuk melabur membeli pakaian baru, set penjagaan kulit dan wangi-wangian.
Wangi-wangian pada diri kita juga boleh mencetuskan suasana intim.
Setiap manusia ada kekurangan masing-masing. Apa yang penting, adalah kita belajar untuk menerima kekurangan itu dan membaiki diri demi pasangan kita.
Bukan untuk orang lain, buat keluarga tercinta juga!